Thursday, February 17, 2011

Soalan Sejarah

BAB 5


1. Pilihan raya negeri diadakan pada 1954. Parti Perikatan memenangi 226 kerusi daripada 268   
    kerusi yang dipertandingkan
    a.Namakan 2 parti politik yang membentuk Parti Perikatan dalam pilihanraya  negeri 1954
      -UMNO
      -MCA
    b.Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Pilihanraya dalam Majlis perundangan 
       Persekutuan (MPP) tahun 1954
       -Pemimpin politik dari Parti Negara, UMNO< MCA dan MIC
       -pegawai-pegawai tinggi British
    c.Nyatakan 2 cadangan Jawatankuasa Pilihanraya dalam Majlis Perundangan Persekutuan
      -52 kerusi dipilih melalui pilihanraya
      -48 dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
    d.Nyatakan 2 perkara yang terkandung dalam manifesto Parti Perikatan dalam pilihanraya 
       Majlis Perundangan Persekutuan 27 Julai 1955
       -mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun
       -mewajibkan pendidikan
    e.Pada pandangan anda, mengapakah semua warganegara yang layak perlu mengundi dalam 
       pilihanraya
       -menjalankan proses demokrasi
       -memilih pemimpin yang berwibawa


2. a.Namakan 2 anggota rombongan rundingan kemerdekaan
       -Tunku Abdul Rahman
       -Dato Abdul Razak Hussein
    b.Apakah hasil rundingan yang berlangsung di London?
       -sebuah suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan dibentuk
       -british setuju memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
    c.Nyatakan 2 orang anggota Suruhanjaya Reid
       -Lord Reid
       -Sir Ivor Jenning
    d.Dalam usaha merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah melayuyang merdeka, Suruhanjaya 
       Reid mengambil kira beberapa perkara seperti
       -pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
       -kedudukan raja-raja Melayu
    e.Sebagai seorang pelajar,apakah sumbangan yang boleh anda berikan bagi menghargai 
       perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan
       -menguasai ilmu pengetahuan
       -mempelajari sejarah negara




3. a.Nyatakan peranan suruhanjaya Reid        6m
       -merangka sebuah perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
       -pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
       -pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang-bidang tertentu
       -mengambil kira kedudukkan raja-raja melayu
       -hak istimewa orang melayu
       -mewujudkan satu bangsa persekutuan Tanah Melayu 
    b.Huraikan isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu        8m
       -pembentukkan sebuah kerajaan yang kuat
       -pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri
       -wujud senarai persekutuan dan senarai negeri
       -mewujudkan raja berpelembagaan
       -terdapat 3 jenis kerakyatan
       -kuat kuasa undang-undang, permohonan, naturalisasi
       -prinsip jus soli diterima
       -keistimewaan orang Melayu dikekalkan
       -agama Islam agama rasmi persekutuan
       -Tanah Simapanan Melayu dikekalkan
       -Yang Dipertuan agong menjadi ketua negara
    c.nyatakan peranan Tun Abdul Razak dan Tun VT Sambanthan dalam proses kemerdekaan  
       negara        6m
       -perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London 1956
       -perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
       -pengerusi jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956
       -Perdana Menteri yang kedua
       -presiden MIC
       -menyeru kaum India memberikan kesetiaan kepada negara
4.a.Huraikan mengenai Parti Kemerdekaan Malaya/Independence Malay Party(IMP)      8m
      -ditubuhkan oleh Dato' Onn Jaafar
      -menggunakan konsep kerjasama semua kaum dalam sebuah parti
      -terbuka kepada semua kaum untuk mencapai kemerdekaan
      -Kerakyatan Negeri 1951 tidak lagi menjadikan orang melayu sebagai rakyat tunggal Tanah 
       melayu
      -orang bukan melayu juga menjadi rakyat Tanah Melayu
      -IMP gagal mendapat sambutan daripada kaum Cina, India dan kaum lain di Tanah Melayu
      -mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanag Melayu
      -semangat perpaduan terlalu asing bagi mereka
   b.Nyatakan perkara yang dipersetujui hasil daripada perundingan UMNO - CLC           8m
      -penubuhan Lembaga Industri Desa (RIDA)
      -bertujuan untuk memajukan ekonomi
      -dan pendidikan masyarakat luar bandat
      -terutama kaum Melayu
      -Kerakyatan Negeri 1951 diberi kepada imigran yang lahir di Tanah Melayu
      -syaratnya ibubapa telah menjadi rakyat Tanah Melayu
      -pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai
      -pilihan raya peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan
   c.Huraikan manifesto Party Perikatan dalam pilihanraya 1955          4m
     -mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun
     -mewajibkan perdidikan
     -menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
     -menjaga hak asasi manusia
     -melindungi hak raja-raja Melayu sebagai raja berpelembagaan

Wednesday, February 16, 2011

sajak

  Mesir bumi berdaulat


Mesir bumi berdaulat
asal lahir para anbia
tumpuan sejagat menimba berkat
buat sebaran manusia sejagat
ilmu disebar merata tempat
membasahi alam serata penjuru
kerana 
Mesir bumi berkat
nafsu nesta tiada terarah
warna membara merah menyala
membakar ruang tiada sudah
kerana, nafsu pertualang indah
segala serakah bertahan seketika
kerana
rahmat  ALLAH sentiasa mencurah
Mesir tetap bumi berdaulat
Nur keEsaan kembali terserlah
kerana
Mesir bumi berdaulat



Friday, February 11, 2011

Soalan Sejarah

                                                                  BAB 3

1. Real politik diasaskan oleh Nicolo Machiavelli melalui karya "The Prince"
    a.Apakah yang dimaksudkan dengan amalan Real Politik
      -amalan yang membenarkan apa seperti tipu helah,kekerasan bersenjata dan epperangan untuk  
       mencapai matlamat politiknya
    b.Nyatakan 2 orang tokoh yang menggunakan amalan Real Politik dalam proses pembentukan 
       -Count Camilo Benso di Cavour
       -Otto Eduard Von Bismarck
    c.Berikan 3 taktik yang digunakan oleh tokoh tersebut dalam usaha mencapai matlamatnya
       -tipu helah
       -pemalsuan dokumen
       -provokasi
       -ugutan
    d.Bagaimanakah cara Nabi Muhammad SAW membentuk negara Islam Madinah
       -penyatuan melalui prinsip Islam
       -diplomasi, musyawarah ,permuafakatan
    e.Sebagai seorang pemimpin,mengapakah anda tidak bersetuju dengan penggunaan amalan Real 
       Politik?
       -Amalan real politik bertentangan dengan prinsip Islam
       -mengelakkan daripada tercetusnya peperangan
       -sistem ini tidak demokrasi


2. Salah satu  asas pembentukan negara dan bangsa ialah keunggulan undang-undang dalam 
    pemerintahan
    a.Nyatakan 3 kepentingan penguatkuasaan undang-undang dalam masyarakat.
       -mengawal masyarakat
       -memelihara keamanan
       -melindungi rakyat
       -mendisiplinkan rakayat
    b.Nyatakan 2 sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan 
       dengan agama Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
       -Hukum Kanun Melaka
       -Undang-undang Laut Melaka
   c.Nyatakan 3 perkara yang disentuh oleh Hukum Kanun Melaka
      -bidang kuasa raja dan pembesar
      -patang larang di kalangan anggota masyarakat
      -hukum kesalahan awam
      -undang-undang keluarga
   d.Pada pendapat anda,apakah kepentingan undang-undang kepada perkembangan ekonomi.
      -meningkatkan pertumbuhan ekonomi
      -dapat menggelakan amalan rasuah
      -menggelakkan pembaziran sumber


3.a.Jelaskan tentang warisan takhta yang diamalkan di negeri-negeri Melayu
      -sistem pewarisan takhta mementingkan jurai keturunan sebelah bapa
      -putera sulung sultan dengan permaisuri mewarisi takhta
      -jika tiada putera adik lelaki sultan boleh mewarisi
   b.Apakah kandungan
     i. Hukum Kanun Melaka
        -merupakan undang-undang bertulis dalam kerajaan Melayu Melaka
        -terdapat pengaruh Islam dan adat tempatan
        -mengandungi 44 fasal
        -menyentuh tentang kuasa raja dan pembesar
        -membincangkan tentang patang larang dalam masyarakat
        -menyatakan hukuman terhadap pesalah jenayah awam, keluarga dll
     ii. Undang-undang Laut Melaka
        -memperuntukkan tentang tatacara pelayaran di laut
        -menyentuh tanggungjawab pengawal laut
        -menyentuh aturcara pelayaran dan perniagaan
        -bidang kuasa nakhoda kapal
        -menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah
  c.Terangkan maksud Sistem Pembesar Empat Lipatan
     -sultan merupakan pemerintah tertinggi
     -dibantu oleh pembesar berempat
     -iaitu bendahara, penghulu bendahari, laksmana dan temenggung
     -merupakan tonggak pemerintahan
     -bidang tugas mengikut portfolio masing-masing
     -contoh laksmana menjaga keselamatan di laut
                  -temenggung menjaga keselamatan di darat
     -sistem Pembesar Empat Lipatan menjamin kesentosaan pemerintahan Melaka

4.a.Nyatakan peranan Undang dalam pemerintahan Negeri Sembilan 
      -Undang dipilih oleh Lembaga
      -Undang memilih Yang Dipertuan Besar
      -merupakan ketua Luak
      -perunding setiap keputusan Yang Dipertuan besar
   b.Terangkan perlaksanaan sistem pentadbiran di Negeri sembilan yang dikatakan mempunyai 
      unsur demokrasi
      -Negeri Sembilan mengamalkan Adat Perpatih
      -iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat
      -pelantikkan pemimpin dibuat daripada peringkat bawah
      -keputusan YDP Besar berdasarkan perundingan dengan Undang
      -YDP Besar dilantik oleh Undang
      -setiap luak diperintah oleh Undang
      -mereka dipilih oleh Lembaga
      -Lembaga dilantik oleh Buapak
      -Buapak bertanggungjawab terhadap suku kaum masing-masing
      -Buapak merupakan ketua perut
      -Ketua Perut menjadi tempat rujukan berkaitan adat
      -setiap anggota Ketua Perut dikenali sebagai anak buah
    c.Jelaskan peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih
      -kepentingan besama
      -mewujudkan semangat bergotong-royong
      -permuafakatan antara satu sama lain
      -mewujudkan semangat saling hormat menghormati
      -mementingkan semangat kerjasama dalam memilih pemimpin   
      -melahirkan semangat demokrasi


5. Sistem politik masyarakat Melayu tradisional berbeza daripada sistem politik negara moden hari 
    ini.
    a.Terangkan konsep pembinaan kerajaan Melayu tradisional                             8m
        -wujud kerajaan disebabkan adanya raja
        -kedudukan raja adalah tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan
        -raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik
        -raja menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kuasanya
        -rakyat akan menerima dan mengakui kekuasaan raja
        -sempadan kerajaan ditentukan oleh kesetiaan rakyat terhadap raja
        -kerajaan yang kuat akan menakluki/menaungi kerajaan yang lemah
        -contoh Kesultanan Melayu Melaka
        -mempunyai banyak negeri taklukkan dan naungan 
    b.Jelaskan konsep yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu    5m
       -apabila British campur tangan di Tanah Melayu setiap kerajaan Melayu disebut negeri
       -British cuba membina sebuah negara dan bangsa sepeti Malayan Union tapi ditentang oleh 
        orang Melayu
       -penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)1948 menggabungkan semua negeri Melayu dalam 
        pentadbiran pusat
       -British memberikan kemerdekaan kepada PTM pada 1957
    c.Terangkan konsep negara bangsa dalam konteks negara Malaysia.             7m
      -konsep bangsa merujuk sekumpulan manusia dalam satu ikataan kenegaraan sesebuah negara
      -lahirnya negara dan bangsa Malaysia setelah PTM mencapai kemerdekaan 1957
      -konsep bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
       -mereka berlainan bangsa,budaya,kepercayaan danpendapat
      -bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa
      -serta pengamalan kebudayaan kebangsaan
      -dan rukun negara dalam setiap aspek kehidupan


BAB 4


1. Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 namum akibat daripada tentangan orang Melayu 
    Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1 Febuari 1948
   a.Apakah tindakan wakil british Sir Harold Mac Michael yang menimbulkan kemarahan orang 
      Melayu terhadap rancangan Malayan Union(MU)
      -mengugut untuk menurunkan sultan dari takhta
      -tidak memberikan masa yang secukupnya kepada sultan
     -sultan dipaksa menanda tangani Perlembagaan MU
   b.Berikan 2 sebab mengapa orang Melayu menentang MU
     -pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang
     -penghakisan kuasa raja-raja Melayu
     -raja hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiiadat sahaja
   c.Nyatakan 2 perkara yang terkandung dalam perjanjian MU
     -semua negeri-negeri Melayu disatukan
     -Singapura diasingkan menjadi pelabuhan bebas
     -Gabenor British menjadi ketua Malayan Union
   d.Apakah cara yang digunakan oleh orang Melayu dalam usaha menentang MU
     -bantahan melalui akhbar
     -demonstrasi seara aman
     -menghantar surat bantahan ke England
   e.Apakh iktibar yang boleh diteladani dalam perjuangan orang Melayu menentang MU 
      -tegas dalam perjuangan 
      -bersatu padu menghadapi musuh
      -sanggup berkorban mempertahankan negara


2. Pelbagai reaksi penduduk Tanah melayu muncul apabila Malayan Union diperkenalkan. Ramai    
    yang tidak berpuashati menentang Malayan Union
    a.Nyatakan sebab-sebab MU diperkenalkan
       -menjimatkan kos pentadbiran
       -mengawal kuasa politik orang melayu
       -melicinkan pentadbiran
    b.Namakan Gabenor MU yang pertama
       -Sir Edward Gent
    c.Namakan 2 golongan yang menyokong MU
       -golongan Melayu radikal
       -orang dagang
       -Parti Kebangsaan Melayu Malaya
    d.Nyatakan 3 sebab mengapa golongan tersebut menyokong MU
       -dasar sama rata bagi semua penduduk
       -kerakyatan asal orang dagang dikekalkan
       -British berjanji memberikan kemerdekaan
    e.Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah anda perlu menentang MU
       -untuk mengekalkan kedaulatan 
       -menggelakkan negara dikuasai oleh bangsa asing
       -memberi hak pentadbiran kepada penduduk tempatan 

Thursday, February 10, 2011

Soalan sejarah

BAB 9 

1. Semasa Tamadun Islam berkembang di Tanah Arab,Eropah mengalami zaman kemerosotan yang  
    dikenali zaman gelap.
   a.Berikan maksud Zaman Gelap
      -Zaman mundur di Eropah selepas kejatuhan TamadunRom
      -dimana Eropah mengalami kemerosotan dalam pelbagai bidang seperti ilmu    
       pengetahuan,pembandaran dab perdagangan
   b.Nyatakan ciri-ciri Zaman Gelap
      -kelemahan kerajaan pusat
      -sifat gereja yang mengongkong
      -ekonomi dan kehidupan masyarakat merosot
      -penggunaan matawang yang terhad
   c.Namakan dua kaum gasar yang mengganggu aktiviti perdagangan di Pantai Barat dan Utara 
     Eropah
     -Orang Viking
     -Orang Magyar
   d.Gereja katholik dikatakan bersifat mengongkong kerana
      -gereja memiliki tanah yang banyak
      -tumpuan hanya kepada kegiatan keagamaan sahaja
   e.Bagaimanakah generasi hari ini boleh memastikan Zaman Gelap tidak berulang
      -menguasai ilmu pengetahuan
      -sentiasa berusaha memajukan diri
      -memastikan negara sentiasa berada dalam keamanan

2. Reformation merupakan satu gerakan penting yang berlaku di Eropah pada abad ke-16
    a.Berikan maksud Reformation
       -melaksanakan perubahan atau pembaharuan
       -untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik
    b.Nyatakan 3 idea penting yang diperjuangkan oleh Martin Luther
       -menentang amalan penjualan sijil Indulgences oleh institusi gereja
       -menentang amalan rasuah
       -menentang penyelewengan yang berlaku dalam gereja Katholik
       -menentang gaya hidup penguasa gereja yang mewah
    c.Berikan 3 kesan gerakan Reformation
       -agama Kristian berpecah kepada  2 mazhab utama iaitu Katolik dan Protestan
       -negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
       -kuasa gereja terhadap kerajaan semakin berkurangan
       -monarki baru membebaskan diri dari penguasaan Paus di Rom
    d.Senaraikan tokoh gerakan Reformation yang mencabar kedudukan gereja dan institusi paderi
      -Marti Luther
      -John Calvin
      -Huldreich zwingli
    e.Pada pendapat kamu mengapa generasi hari perlu menguasai ilmu pengetahuan
       -mengelakan negara dari terjajah
       -meningkatkan perkembangan ekonomi
       -menjadikan negara yang maju

3. a.Jelaskan persamaan ciri-ciri masyarakat feudal di Eropah dengan masyarakat Melayu 
       tradisional                       10m
       -terdapat golongan pemerintah
       -raja dan pembesar di Tanah Melayu
       -raja dan golongan baron di Eropah
       -golongan diperintah merupakan golongan majoriti iaitu rakyat dan petani
       -raja mengurniakan kawasan kepada pembesar dan tuan tanah
       -tuan tanah dan pembesar perlu bayar cukai kepada raja
       -pembesar dan tuan anah perlu menyediakan tentera kepada raja bila berlaku peperangan
       -petani perlu cukai kepada kepada tuan tanah dan pembesar
       -sistem kerah diamalkan iaitu tuan tanah dan pembesar boleh mendapatkan khidmat tenaga  
        daripada rakyat
       -amalan perhambaan di Eropah petani yang gagal membayar cukai menjadi hamba kepada tuan 
        tanah
       di Tanah Melayu masyarakat Melayu tradisional terdapat amalan perhambaan 
    b.Huraikan ciri-ciri Zaman Gelap yang berlaku di Eropah          10m
      -Eropah mengalami kemerosotan dalam ilmu pengetahuan
      -kemerosotan dalam bidang perdagangan
      -kemerosotan dalam kehidupan perbandaran
      -kelemahan kuasa kerajaan pusat 
      -golongan baron semakin berkuasa
      -gereja katholik hanya memberi tumpuan kepada keagamaan dan akirat sahaja
      -gereja juga memiliki hartanah yang banyak
      -kekacauan dan peperangan sering berlaku di Eropah
      -kegaitan ekonomi terhad
      -ekonomi perdagangan tidak dapat dijalankan kerana gangguan orang gasar
      -kekayaan berasaskan pemilikan hartanah yang membawa kepada kemunculan golongan baron 
      -rakyat terikat dengan tuan tanah sebagi pekerja atau hamba


BAB 10


1. Perkembangan ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah dan perusahan     
    getah memerlukan kepada buruh yang ramai
   a.Berikan 2 cara kemasukan buruh dari China ke Tanah Melayu
      -sistem tiket kredit
      -sistem pengambilan kakitangan
      -sistem pengambilan rumah kongsi
   b.Berikan 2 cara kemasukan buruh dari India ke Tanah Melayu
      -sistem buruh kontrak
      -sistem buruh bebas
      -sistem kangani
   c. Apakh maksud;
      i. Sin Kheh
         -bakal imigran
      ii. Kheh Tau
          -ketua bakal imigran
   d.Berikan 2 kesan kemasukan imigran China dan India ke Tanah Melayu
      -pembentukan masyarakat majmuk
      -perbezaan pekerjaan mengikut kaum
      -perbezaan bahasa dan budaya
   e.Pada pandangan anda apakah yang perlu dilakukan bagi mengeratkan integrasi kaum yang  
      terdapat di negara kita
      -mewujudkan sekolah integrasi untuk pelbagai kaum
      -mengadakan amalan rumah terbuka
      -mengadakan amalan gotong royang bersama

2.a Nyatakan kesan pengenalan dasar British dalam bidang pertanian kepada masyarakat Melayu
      -pengenalan tanaman baru seperti kopi, tembakau dan getah
      -tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam dikekersialkan
      -kemasukkan buruh dari China dan India
   b.Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British kepada masyarakat melayu
      -permohonan tanah perlu dibuat melalui pejabat tanah
      -perlu dapatkan surat kebenaran daripada pejabat tanah untuk mengutip sumber hutan 
      -residen berkuasa menentukan jumlah kawasan kosensi tanah kepada pemodal
      -semua urusan jual beli,culai,sewa tanahdibayar dengan wang 
   c.Mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu dilaksanakan oleh British
      -mengelakkan tanah milik orang melayu berpindah kepada orang asing
      -Tanah Simpanan Melayu tidak dibenarkan ditanam dengan tanaman komersial
      -melindungi kepentingan ekonomi British
   d.Apakah tujuan British mengadakanEnakmen Tanah Padi 1917?
      -melarang penanaman getah di kawasan tanaman padi
      -mengurangkan penyertaan pekebunkecil getah Melayu dalam perusahaan getah
      -premium permohonan tanah baru untuk penanaman getah dinaikkan

3.a. Huraikan sejarah perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu 
       pada awal abad ke-20                               10m
       -berlaku akibat perkembangan kegiatan perlombongan dan pertanian
       -jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan dari kawasan perlombongan  ke  
        pelabuhan
       -jalan kereta api pertama menghubungkan Taiping deangan Port Weld
       -menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port Swettenham
       -menghubungkan kawasan perlombongan di Seremban dengan Port Dickson
       -menghubungkan Tapah Road dengan Telok Anson
       -pada 1904 semua kawasan perlombongan bijih timah mempunyai perkhidmatan kereta api
       -jalan kereta api menghubungkan seberang Prai dengan sempadan Siam pada 1918
       -jalan raya dibina untuk mengangkut getah dan bijih timah ke pengkalan sungai
       -1895 Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400km
       -jalan raya antara Kuala Lumpur dan Kuantan memudahkan perhubungan antara pantai Barat 
        dengan pantai Timur
       -sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,pos dan perkhidmatan udara diwujudkan akibat 
        perkembangan ekonomi
   b. Terangkan sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad   
       ke-20                                            10m
       -perkembangan perlombongan bijih timah
       -mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk di eksport
       -jalan kereta api menghubungkan semua kawasan perlombongan di Perak, Selangor dan Negeri 
        sembilan
       -menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah Melayu
       -pembukaan tanah baru untuk peladangan getah
       -menarik pelabur-pelabur Eropah melabur dalam perladangan getah
       -kereta api dapat membawa muatan yang banyak
       -menghubungi negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan kapal berkuasa wap
       -pelabihan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan bijih timah ke Eropah

Tuesday, February 8, 2011

Soalan Sejarah

 BAB 7


1.a. Berikan 2 contoh undang-undang bertulis 
       -Hukum Kanun Melaka
       -Undang-Undang Laut Melaka
       -Undang-Undang Pahang
   b.Terdapat 12 suku dalam Adat Perpatih.Berikan 3 contoh suku berkenaan
       -Anak Acheh
       -Anak Melaka
       -Batu Helang
  c.Namakan pengasas Adat Temenggung 
     -Datuk Ketumanggungan
  d.Nyatakan 2 ciri perbezaan antara Adat Perpatih dan adat Temenggung
     -perkhawinan
            AP -dilarang berkahwin sesama suku
            AT-bebas memilih pasangan asalkan tidak melanggar syarak
    -harta
           AP-anak perempuan diberi peluang mewarisi harta
          AT-anak lelaki lebih diutamakan
  e.Mengapakah kita perlu menjaga adat istiadat kita
     -mengekalkan budaya bangsa
     -menunjukkan indentiti bangsa berdaulat


2.a. Terangkan faktor perkembangan penyebaran Islam di asia Tenggara          6m
       -kedudukan Asia Tenggara yang strategik
       -menghubungkan antara China dengan India
      -pelabuhan terlindung dari tiupan angin monsun
      -mempertemukan pedagang dari pelbagai kawasan
      -kekayaan hasil bumi
      -para perdagang Islam berdakwah keseluruh rantau Asia Tenggara
   b. Jelaskan mengapa agama Islam dapat diterima secara meluas di Asia Tenggara      8m
       -kemurnian ajaran Islam
       -Islam mengamalkan persamaan taraf
       -pedagang Islam menunjukkan moral dan akhlak yang baik
       -ajaran Islam mengandungi cara hidup yang lengkap
       -peranan ulama dalam menyebarkan ajaran Islam
       -pedagang yang menunjukkan sikap yang jujur dalam aktiviti perdagangan
       -sikap mahmudah yang ditunjukkan oleh pedagang-pedagang Islam
       -rakyat mengikuti agama Islam yang dianuti oleh raja
   c. Bincangkan pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara             6m
       -mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan
       -mengamalkan amalan bersalam 
       -memberi salam ketika berjumpa sesama Islam
       -membaca bismillah /doa dalam setiap aktiviti
       -penyerapan unsur-unsur Islam dalam kesusasteraan seperti
       -Hikayat Nabi bercukur, Hikayat Bulan Berbelah
       -memakai pakaian yang menutup aurat




BAB 8


1.Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membuka lembaran baru dalam bidang pendidikan
   a. Nyatakan 2 matapelajaran yang diajar kepada orang dewasa dalam pendidikan formal
       -ilmu fekah
       -usuludin
       -hadis
   b. Namakan 2 institusi pendidikan Islam yang dijalankan secara formal
       -pondok
       -madrasah
       -istana
   c. Senaraikan 3 ciri sistem pendidikan Islam di madrasah
       -berdasarkan sukatan
       -dilaksanakan secara kelas
       -pendidikan mengikut tahap
   d. Apakah tujuan sistem pendidikan pondok
       -menyediakan pelajar-pelajarnya untuk bertugas menjadi guru
       -berkhidmat kepada masyarakat
   e. Berikan 2 bukti yang menunjukkan Sultan Mansur Syah berminat dengan pembelajaran Islam
       -istana dijadikan pusat pengajian
       -baginda mempelajari Islam daripada Maulana Abu Bakar


3.a.Apakah perkara yang diberikan penekanan dalam 
      i.pendidikan formal
        -ilmu keagamaan dan pengajian al_quran
      ii.pendidikan tidak formal
         -nilai moral,adat resam,menjaga maruah dan sebagainya
   b.Dalam pendidikan tidak formal pembelajaran disampaikan melalui cara seperti
      -pendengaran
     - penglihatan
     -pemerhatian
   c.Berikan 3 ilmu yang diajar dalam pendidikan formal
     -ilmu fekah
     -ilmu tauhid
     -usuludin
   d.Pada pandangan anda mengapakah generasi muda hari ini perlu berilmu
      -menghadapi cabaran masa depan
      -menjadikan masyarakat yang berdaya maju


3.  Percukaian merupakan aspek penting dalam menjanaekonomi Kerajaan Melayu Melaka
     a.Nyatakan jenis cukai yang dikenakan terhadap orang asing yang menetap di Melaka
        -cukai diraja
     b.Namakan barangan yang dikecualikan cukai di pelabuhan Melaka
        -beras
        -barang makanan
     c.Nyatakan nama negara yang dikenakan cukai sebanyak 6% daripada jumlah barangan yang 
        dibawa
        -India
        -Tanah Arab
        -Siam
     d.Bagaimanakah Baitulmal berperanan sebagai institusi ekonomi dalam zaman Kesultanan 
        Melayu Melaka
        -mengurus kutipan zakat
       -mengeluarkan bantuan kepada yang memerlukan
       -menyelengarakan harta kerajaan
     e.Apakh larangan dalam Islam untuk mencari sumber rezeki yang halal 
        -menipu
        -unsur riba
        -menindas




4. Pendidikan merupakan aspek sosial yang sangat penting dalam masyarakat Melayu
    a. Huraikan pendidikan tidak formal yang telah diamalkan oleh masyarakat Melayu sebelum 
        kedatangan Islam                        10m
        -merupakan pendidikan awal dalam institusi keluarga
        -menekankan pengajaran nilai-nilai moral
        -pembelajaran melalui pendengaran , penglihatan dan pemerhatian
        -kanak-kanak mempelajari kemahiran melalui ibubapa
        -menerusi pemerhatian dan latihan
        -seperti bidang pertanian , perikanan dan pertukangan
        -kanak-kanak diajar tentang hal keagamaan,kelakuan dan ada tresam
        -pendidikan melalui bercerita
        -menyerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran
        -melalui cerita binatanhg dan cerita jenaka
        -kanak-kanak mempelajari patang larang dan adat istiadat melalui pergaulan
        -melalui pantun, peribahasa,teka-teki dan pepatah
   b. Jelaskan ciri-ciri sistem madrasah yang dilaksanakan di Tanah Melayu               5m
       -pendidikan dilaksanakan mengikut sukatan pelajaran
       -murid-murid di tempatkan mengikut kelas
       -dijalankan mengikut tahap-tahap tertentu
      -pelajar diajar dengan pengkhususan tertentu
      -madrasah diawasi oleh mudir/gurubesar
      -diseliakan oleh lembaga jawatankuasa kewangan daan sebagainya
 c. Jelaskan fungsi istana sebagi pusat perkembangan ilmu pengetahuan              5m
     -istana sebagai  pusat pengajian agama
     -Sultan Mansur Syah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar
     -istana menjadi tempat menyimpan buku-buku hikayat
     -seperti hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
     -istana menjadi tempat pendidikan hal ehwal agama disamping hal pentadbiran dan politik

Monday, February 7, 2011

Sajak

          Merdeka
Angin membelai lembut pepohon menghijau
deruan ombak membelah pantai
dalam kedinginan malam
terdengar jeritan memecah kesunyian
jeritan seorang pejuang di tanah bertuah
Pasir Puteh tempat terjelma

Tok Janggut gelaran bestari
mengajah rakyat hidup abadi
namun British keparat
memerintah Pasir Puteh dengan haprak
menghina melayu mengawal cukai dan tanah

Tok Janggut berdarah pahlawan
mengumpul kudrat menyerang Pasir Puteh
Sarjan Hassan talibarut keparat
di keris Tok Janggut jatuh terkulai
Tok Janggut diangkat Perdana Menteri
walau tak lama tetapi berbakti

British, Singapura melawan Tok Janggut
dengan semangat jihat Tok Janggut bangkit
namaun semangat tertewas di tangan pengkhianat
mayat diusung dihina dicerca
Tok Janggut Perjuanganmu menjadi titik perjuangan kini

1941
Jepun mengubah sejarah
British berundur sudah
Jepun tegal memerintah
3 1/2 tahun
melayu jelas terjajah
Ibrahim Yaakob, Pak Sako
memikul amanah juang Tok Janggut

Hiroshima! Nagasaki! musnah sudah
ribuan manusia, bangkai berselerak
bendera diangkat kalah menyerah
British kembali melangkah gagah
membawa niat dan nekad baru

penjajah kembali membawa momokan baru
raja setuju dalam terpaksa
Mac Micheal berperanan lagi
Malayan Union tertegak kini
semangat Tok Janggut berulang kembali
dalam era yang berbeda
Malayan Union ghairah ditentang
darah dan nanah jadi basahan
Dato Onn bersemangat waja
membangkit semangat sana sini
dari selatan ke utara
Sabah sarawak tidak tertinggal
:wahai bangsaku bangkitlah bebaskan jiwa ragamu dari ikatan penjajah"
Asiah Ghani, Shamsiah Fakeh
mengalir darah Tok Janggut
sama berjuang
membebas tanah air dari cengkaman penjajah
ke hulu ke hilir perjuangan diarak
malam siang diredah
obor perjuangan mesti diterjemah
kemerdekaan mesti digenggam

Tunku Abdul Rahman melaung sudah
merdeka sudah bumi bertuah
darah dan nanah terlunas sudah
wahai penjuang bangsa
sumpah keramatmu akan kami junjung

namun kini kulihat
anak bangsa kembali terjajah
budaya barat disanjung
kerana itu kiblat mereka

wahai anak bangsa bangkitlah
ini bumi kita
kita yang perintah
hasil kita yang rasa
budaya kita junjung
berkat perjuangan pejuang-pejuang kita
Malayan Union dihapus sudah
Inggeris berambus pergi
pejuang selesa bersemadi
menuai hasil yang diberi
namun anak bangsaku
kembali terjajh budaya
meminta-minta sana sini
tanpa segan dan malu
di sini kulihat
anak bangsaku
rock, rap entah apa perkataan
budaya penjajah terjunjung kembali
berpeleseran tanpa sempadan
bahasa yang tiada dalam kamus
andai Zaba lahir kembali
masih kuingat kata keramatmu
"Bahasa menunjukkan bangsa
ilmu jiwa bangsa"
aku percaya mesti terpinga-pinga
di bumi mana dia berpenghuni
anak bangsaku
andai Tok Janggut lahir kembali
masihku ingat kata keramatmu
"Berjuanglah anak bangsaku
merdekakan tanah airmu"
pasti menangis teresak-esak melihat semangatnya hilang
anak bangsaku
andai Dato Onn hidup kembali
masih ku ingat kata keramatmu
"Bangkitlah bangsaku menentang penjajah
yang menghisap kekayaan bumi kita"
pasti menyesal menuntut kemerdekaan
insaflah anak bangsaku
bebaskan dari belenggu budaya penjajah
kembali merenung bumimu
anak bangsaku sedarlah hidup tiada erti
dadah! bohsia!bohjan!arak mainan syaitan

Wahai bangsaku
bangkitlah
lontarkan segala kemungkaran budayamu
kembalikan kemerdekaan diri
kerana kita bangsa bermaruah
kerana kita bangsa bertuah
Tanah Melayu tanah merdeka
wahai bangsaku
marilah bernekad
menjadikan Malaysia negara bermaruah
ayuh bangkitlah anak bangsaku
bangkitlah.



Ad6   04




       31 Ogos 


31 Ogos datang lagi
hadir bersama seribu kenangan
kini menjadi sejarah
detik itu mengingatkan aku
keperitan hidup eprjuang melayu

Dol Said dengan Naningnya
Tok Janggut dengan Pasir Putehnya
Dato Maharaja Lela dengan Pasir Salaknya
Abdul rahman Limbung dengan Kuala Berangnya
Rentap dengan Bukit Sadoknya
Mat Salleh dengan Sandakannya

Kini nama itu
diukir tinta emas atas lembaran sejarah
nama itu tetap berdiri megah
atas tugu negara merdeka

Semalam
aku  bermimpi
bertemu Datuk Abdul Rahman Limbung
merenung sayu pada anak bangsa
penuh kekecewaan melihat putera- puteri

"cucuku
hari ini kau kembali terjajah minda budaya
cucuku
jagalah dari lenamu
kejutkan dari mimpimu
cucuku
jangan persiakan titisan darah kami
kami tidak pinta upah
kami tidak minta sanjungan
kami hanya inginkan kebebasan
cucuku bangkitlah
merdekakan jiwa ragamu
rentaplah segala kepalsuan
buanglah kemaksiatan segala
nikmatilah air kemerdekaan 
kerana kamu anak merdeka
cucuku"


Ad6    04

Soalan Sejarah

BAB 4

1. Penyebaran Islam di Kota Makkah berjalan secara rahsia selama 3 tahun dan secara terbuka selama 10 tahun
    a. Namakan 2 golongan yang paling awal memeluk agama Islam
        -keluarga terdekat
        -sahabat yang rapat
    b. Mengapakah agama Islam mudah diterima oleh golongan hamba?
       -konsep persamaan taraf
       -keadilan Islam
   c. Apakah kepentingan wahyu kedua iaitu surah al-Muddasir ayat 1 - 7 ?
      -Pengisytiharan Nabi Muhammad sebagai Rasullullah
      -mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia
   d. Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad bila menghadapi penentangan orang- orang Quraish Makkah
       -membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsah
       -kesabaran
   e. Apakah iktibar yang boleh dicontohi daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW?
       -komitmen dalam perjuangan
       -berdisiplin dalam setiap pekerjaan

2. Sistem kabilah merupakan institusi terpenting dalam kehidupan masyarakat jahiliah.
    a. Berikan 3 syarat yang membolehkan seseorang dilantik menjadi ketua/syeikh kabilah
       -berfikiran matang
       -pandai berpidato
       -berani
   b. Apakah kesan-kesan daripada amalan setiap kabilah
       -semangat kesukuan/assabiyah
       -tercetus perang antara kabilah
  c. Nyatakan ciri-ciri bagi setiap kabilah
      -taksub kepada kabilah
      -mempunyai identiti tersendiri
      -syeikh/ketua merupakan lambang perpaduan
  d. Nyatakan faktor yang menyebabkan wujudnya semangat assabiah dalam kalangan kabilah  
      Arab
      -keadaan muka bumi/geografi
      -tempat tinggal yang panas dan kering kontang
  e. Pada pandangan anda, apakah yang boleh dilakukan bagi menghapuskan semangat perkauman dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum?
      -aktiviti kesukanan
      -memupuk semangat kerjasama

3. a. Jelaskan cara orang Arab menentang dakwah Islamiah yang dibawa oleh Nabi Muhammad 
        SAW.   7m
        - Baginda di cemuh dengan kata nista
        -Golongan hamba yang memeluk Islam diseksa dengan kejam
        -hingga ada yang gila, buta dan mati
        -Baginda diganggu semasa beribadat
        -diletakkan benda kotor di tengkuk semasa baginda bersolat
        -Mengejek ajaran Islam melalui syair
        -Pakatan untuk membunuh baginda

    b. Huraikan bentuk pemulauan yang dilakukan oleh puak Quraisy terhadap keluarga Nabi    
        Muhammad SAW.            7m
        -Orang Arab quraisy pernyataan pemulauan
        -digantung di Kaabah
        -tidak menjalankan perniagaan dengan keluarga Rasullullah SAW
        -tidak memberi sebarang pertolongan kepada keluarga Rasullullah SAW
        -tidak berkahwin dengan anggota keluarga Rasullulah
        -kehidupan Rasullullah SAW dan orang Islam amat terhimpit
        -Abu Talib sentiasa melindungi dan membantu Rasullullah SAW
    c. Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad SAW untuk mengurangkan      
        tekanan puak quraisy.            6m
       -membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsah
       -mendapatkan perlindungan
       -Baginda dan Zaid merancang ke Taif
       -untuk menyebarkan agama Islam di tempat baru
       -berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu




BAB 5




1. Pertemuan antara orang Arab dari Madinah dengan Nabi Muhammad SAW pada 621m berakhir   
    dengan Perjanjian Aqabah pertama dan kedua.
    a. Senaraikan 3 golongan penduduk di Madinah
       -suku Aus
       -suku Khazraj
       -Bani Quraizah
   b. Nyatakan peristiwa yang membawa kepada perjanjian Aqabah Pertama.
      -Beberapa orang Arab Suku Khazraj ke Mekah
      -mereka menemui Nabi Muhammad di Aqabah
      -mereka memeluk agama Islam
   c. Nyatakan perbezaan antara kandungan Perjanjian Aqabah pertama dengan Perjanjian Aqabah 
       Kedua
      -Suku Aus dan Khazrai beriman kepada Allah dan rasul
      -Suku Aus dan Khazraj berjanji membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW
      -tidak melakukan amalan jahiliah
    d. Apakah kesan daripada tementerainya kedua-dua perjanjian tersebut ?
       -Islam tersebar ke Madinah
      -berlakunya peristiwa hijrah ke Madinah
      -penganut Islam bertambah


2. a. Nyatakan 2 cara penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW
        -Menghantar perutusan cth ke Rom
        -menggunakan diplomasi
        -menunjukkan nilai-nilai baik
    b. Apakah yang membolehkan  peperangan berlaku dalam Islam?
        -mencari keamanan
       - mempertahan maruah diri
       -menjaga tempat ibadat
   c. Nyatakan 3 garis panduan yang mesti diikuti oleh tentera Islam dalam peperangan
      -tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah
      -tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
      -tidak dibenarkan memusnahkan tanaman
   d. Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk menghindarkan peperangan
       -menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara luar
       -menguasai ilmu teknologi
       -menghormati hak asasi manusia


3. a. Jelaskan faktor pembukaan semula Kota Makkah            10m
        -pihak Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiah
       -pihak quraisy membunuh beberapa orang dari Bani khuza'ah
       -strategi penyebaran Islam jangka masa panjang
       -pengislaman tokoh Arab 
       -seperti al-Abbas dan Abu Sufyan
       -semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam
       -kewibawaan panglima Islam 
       -seperti Khalid al-Walid, Abu Ubaidah al-jarrah, Saad b Ubadah dan Zubair al-Awwam
       -Strateji penyerangan 4 penjuru
       -tawaran pengampunan oleh Rasullullah SAW
    b. Jelaskan kepentingan pembukaan semula Kota Makkah      10m
        -Kaabah terpelihara dari unsur-unsur jahiliah
        -Kaabah terpelihara dari  amalan penyembahan berhala
        -Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam
        -menjadi tumpuan umat Islam beribadat
        -menjadikan Madinah pusat pemerintahan Islan yang kuat
        -menyebarkan Islam keseluruh Tanah Arab
        -penyebaran dakwah secara aman
        -orang Islam menunaikan ibadat haji dengan aman
        -Makkah dijadikan wilayah Islam




BAB 6

1. Selepas Nabi Muhammad SAW wafat pada 632m, sistem pemerintahan diteruskan melalui 
    sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah
    a. Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah
        -khalifah berasal dari bahasa Arab
        -bermaksud pengganti yang melaksanakan pemerintahan dan pertadbiran yang dilakukan oleh 
         Nabi Muhammad SAW
    b. Nyatakan maksud
       i. Musyawarah : mesyuara/perundingan
       ii. Baiah : perakuan sumpah setia kepada pemimpin
   c. Berikan dua kaedah pemilihan khalifah
       -musyawarah
       -cadangan satu nama daripada khalifah terdahulu
    d. Nyatakan 2 syarat bagi seseorang calon khalifah 
        -lelaki yang merdeka
        -beragama Islam
        -waras
   e. Berdasarkan pengaalaman sejarah anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi 
       seorang pemimpin yang unggul
       - pemimpin yang berinovasi
       - seorang yang bertanggungjawab


2.a. Siapakah pengasas pemerintah Bani Umaiyah yang berpusat di:
       i. Damsik : - Muawiyah Bin Abu Sufyan
       ii. Sepanyol : Abdul Rahman al-Dakhil
   b. Nyatakan 2 golongan yang dikecualikan daripada sekatan hijabah
       -Bilal
       -Ketua Pos
   c. Senaraikan 3 sistem pemerintahan dan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Bani Umaiyah
      -Sistem Khalifah
      -Sistem Wazarah
      -Sistem Urus Setia
      -Sistem Hijabah
   d. Nyatakan 3 sistem urus setia dalam zaman Bani Umaiyah
       -bahagian surat menyurat
       -bahagian cukai
       -bahagian ketenteraan
       -bahagian polis
  e. Pada pandangan anda, apa yang anda lakukan untuk mengekalkan keamanan negara?
      -Mematuhi segala peraturan/perundangan
      -menguasai ilmu pengetahuan


3. a. Nyatakan keistimewaan Masjid Cordova
        -mempunyai menara setinggi 26 meter
        -kubah masjid beralaskan kayu berukir
        -diterangi dengan 4700 buah lampu
    b. Nyatakan 3 sumber pendapatan kerajaan Bani Umaiyah
        -kharaj(cukai tanah)
        -jizyah(cukai perlindungan)
        -zakat
    c. Nyatakan 2 kemajuan yang telah dicapai dalam sektor pertanian pada zamanBani Umaiyah
       -pembinaan sistem saliran
      -penyelidikan bijih benih
    d. Berikan 2 peristiwa pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah
       -penentangan daripada golongan Mawali
       -khalifah menabaikan tanggungjawab terhadap rakyat
       -mengabaikan ajaran Islam
    e. Pada pandangan anda ,bagaimanakah cara untuk mengekalkan kecemerlangan tamadun
        -menguasai ilmu pengetahun
        -memilih pemimpin yang berwibawa


4.a. Bagaimanakah kerajaan Bani Abassiyah diasaskan?        5m
       -diasaskan pada 750m
       -menerusi gerakan Abasssiyah
       -gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah
       -menggunakan kempen atas nama Ahlul Bait
       -menjadikan Khurasan,Kufah dan Humaimah sebagai pusat operasi
       -gerakan di Kufah diketuai oleh Abu Salamah al-Khallal
   b. Jelaskan perkembangan bidang penulisan dan perterjemahan pada zaman Khalifah Harun al-
       Rashid              10m
       -perkembangan ilmu berlaku melalui penulisan
       -menterjemah karya asing ke bahada Arab
       -pembinaan Baitulhikmah
       -diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rashid
       -berkembang semasa Khalifah al-Makmun
       -menterjemahkan karya falsafah dan sains daripada bahasa Yunani
       -kegiatan penulisan melalui 3 tahap
       -mencatat segala idea/percakapan
       -mengumpul idea 
       -mengarang
       -penglibatan golongan ulama dalam penulisan
       -membuat  pembaharuan dalam karya pertenjemahan
   c. Bagaimanakah kemajuan bidang ilmu pengetahuan kerajaan Bani Abassiyah telah  
       mempengaruhi tamadunEropah                      5m
       -peranan pusat pengajian tinggi dalam kegiatan penyelidikan
       -kajian yang telah diterjemahkan kedalam bahasa asing telah sampai ke Eropah
       -perkembangan tamadun Islam di Kota Bagdad
      - perkembangan keilmuan di Eropah melahirkan Zaman Renaissance
      -kegigihan ulama dalam penulisan
      -meninggalkanwarisan yang tidak ternilai