Wednesday, February 16, 2011

sajak

  Mesir bumi berdaulat


Mesir bumi berdaulat
asal lahir para anbia
tumpuan sejagat menimba berkat
buat sebaran manusia sejagat
ilmu disebar merata tempat
membasahi alam serata penjuru
kerana 
Mesir bumi berkat
nafsu nesta tiada terarah
warna membara merah menyala
membakar ruang tiada sudah
kerana, nafsu pertualang indah
segala serakah bertahan seketika
kerana
rahmat  ALLAH sentiasa mencurah
Mesir tetap bumi berdaulat
Nur keEsaan kembali terserlah
kerana
Mesir bumi berdaulat



1 comment:

  1. tahniah warga mesir anda berjaya ............... menghancurkan firaun zaman moden

    ReplyDelete