Monday, February 7, 2011

Soalan Sejarah

BAB 4

1. Penyebaran Islam di Kota Makkah berjalan secara rahsia selama 3 tahun dan secara terbuka selama 10 tahun
    a. Namakan 2 golongan yang paling awal memeluk agama Islam
        -keluarga terdekat
        -sahabat yang rapat
    b. Mengapakah agama Islam mudah diterima oleh golongan hamba?
       -konsep persamaan taraf
       -keadilan Islam
   c. Apakah kepentingan wahyu kedua iaitu surah al-Muddasir ayat 1 - 7 ?
      -Pengisytiharan Nabi Muhammad sebagai Rasullullah
      -mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia
   d. Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad bila menghadapi penentangan orang- orang Quraish Makkah
       -membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsah
       -kesabaran
   e. Apakah iktibar yang boleh dicontohi daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW?
       -komitmen dalam perjuangan
       -berdisiplin dalam setiap pekerjaan

2. Sistem kabilah merupakan institusi terpenting dalam kehidupan masyarakat jahiliah.
    a. Berikan 3 syarat yang membolehkan seseorang dilantik menjadi ketua/syeikh kabilah
       -berfikiran matang
       -pandai berpidato
       -berani
   b. Apakah kesan-kesan daripada amalan setiap kabilah
       -semangat kesukuan/assabiyah
       -tercetus perang antara kabilah
  c. Nyatakan ciri-ciri bagi setiap kabilah
      -taksub kepada kabilah
      -mempunyai identiti tersendiri
      -syeikh/ketua merupakan lambang perpaduan
  d. Nyatakan faktor yang menyebabkan wujudnya semangat assabiah dalam kalangan kabilah  
      Arab
      -keadaan muka bumi/geografi
      -tempat tinggal yang panas dan kering kontang
  e. Pada pandangan anda, apakah yang boleh dilakukan bagi menghapuskan semangat perkauman dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum?
      -aktiviti kesukanan
      -memupuk semangat kerjasama

3. a. Jelaskan cara orang Arab menentang dakwah Islamiah yang dibawa oleh Nabi Muhammad 
        SAW.   7m
        - Baginda di cemuh dengan kata nista
        -Golongan hamba yang memeluk Islam diseksa dengan kejam
        -hingga ada yang gila, buta dan mati
        -Baginda diganggu semasa beribadat
        -diletakkan benda kotor di tengkuk semasa baginda bersolat
        -Mengejek ajaran Islam melalui syair
        -Pakatan untuk membunuh baginda

    b. Huraikan bentuk pemulauan yang dilakukan oleh puak Quraisy terhadap keluarga Nabi    
        Muhammad SAW.            7m
        -Orang Arab quraisy pernyataan pemulauan
        -digantung di Kaabah
        -tidak menjalankan perniagaan dengan keluarga Rasullullah SAW
        -tidak memberi sebarang pertolongan kepada keluarga Rasullullah SAW
        -tidak berkahwin dengan anggota keluarga Rasullulah
        -kehidupan Rasullullah SAW dan orang Islam amat terhimpit
        -Abu Talib sentiasa melindungi dan membantu Rasullullah SAW
    c. Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad SAW untuk mengurangkan      
        tekanan puak quraisy.            6m
       -membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsah
       -mendapatkan perlindungan
       -Baginda dan Zaid merancang ke Taif
       -untuk menyebarkan agama Islam di tempat baru
       -berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu




BAB 5




1. Pertemuan antara orang Arab dari Madinah dengan Nabi Muhammad SAW pada 621m berakhir   
    dengan Perjanjian Aqabah pertama dan kedua.
    a. Senaraikan 3 golongan penduduk di Madinah
       -suku Aus
       -suku Khazraj
       -Bani Quraizah
   b. Nyatakan peristiwa yang membawa kepada perjanjian Aqabah Pertama.
      -Beberapa orang Arab Suku Khazraj ke Mekah
      -mereka menemui Nabi Muhammad di Aqabah
      -mereka memeluk agama Islam
   c. Nyatakan perbezaan antara kandungan Perjanjian Aqabah pertama dengan Perjanjian Aqabah 
       Kedua
      -Suku Aus dan Khazrai beriman kepada Allah dan rasul
      -Suku Aus dan Khazraj berjanji membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW
      -tidak melakukan amalan jahiliah
    d. Apakah kesan daripada tementerainya kedua-dua perjanjian tersebut ?
       -Islam tersebar ke Madinah
      -berlakunya peristiwa hijrah ke Madinah
      -penganut Islam bertambah


2. a. Nyatakan 2 cara penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW
        -Menghantar perutusan cth ke Rom
        -menggunakan diplomasi
        -menunjukkan nilai-nilai baik
    b. Apakah yang membolehkan  peperangan berlaku dalam Islam?
        -mencari keamanan
       - mempertahan maruah diri
       -menjaga tempat ibadat
   c. Nyatakan 3 garis panduan yang mesti diikuti oleh tentera Islam dalam peperangan
      -tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah
      -tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
      -tidak dibenarkan memusnahkan tanaman
   d. Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk menghindarkan peperangan
       -menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara luar
       -menguasai ilmu teknologi
       -menghormati hak asasi manusia


3. a. Jelaskan faktor pembukaan semula Kota Makkah            10m
        -pihak Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiah
       -pihak quraisy membunuh beberapa orang dari Bani khuza'ah
       -strategi penyebaran Islam jangka masa panjang
       -pengislaman tokoh Arab 
       -seperti al-Abbas dan Abu Sufyan
       -semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam
       -kewibawaan panglima Islam 
       -seperti Khalid al-Walid, Abu Ubaidah al-jarrah, Saad b Ubadah dan Zubair al-Awwam
       -Strateji penyerangan 4 penjuru
       -tawaran pengampunan oleh Rasullullah SAW
    b. Jelaskan kepentingan pembukaan semula Kota Makkah      10m
        -Kaabah terpelihara dari unsur-unsur jahiliah
        -Kaabah terpelihara dari  amalan penyembahan berhala
        -Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam
        -menjadi tumpuan umat Islam beribadat
        -menjadikan Madinah pusat pemerintahan Islan yang kuat
        -menyebarkan Islam keseluruh Tanah Arab
        -penyebaran dakwah secara aman
        -orang Islam menunaikan ibadat haji dengan aman
        -Makkah dijadikan wilayah Islam




BAB 6

1. Selepas Nabi Muhammad SAW wafat pada 632m, sistem pemerintahan diteruskan melalui 
    sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah
    a. Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah
        -khalifah berasal dari bahasa Arab
        -bermaksud pengganti yang melaksanakan pemerintahan dan pertadbiran yang dilakukan oleh 
         Nabi Muhammad SAW
    b. Nyatakan maksud
       i. Musyawarah : mesyuara/perundingan
       ii. Baiah : perakuan sumpah setia kepada pemimpin
   c. Berikan dua kaedah pemilihan khalifah
       -musyawarah
       -cadangan satu nama daripada khalifah terdahulu
    d. Nyatakan 2 syarat bagi seseorang calon khalifah 
        -lelaki yang merdeka
        -beragama Islam
        -waras
   e. Berdasarkan pengaalaman sejarah anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi 
       seorang pemimpin yang unggul
       - pemimpin yang berinovasi
       - seorang yang bertanggungjawab


2.a. Siapakah pengasas pemerintah Bani Umaiyah yang berpusat di:
       i. Damsik : - Muawiyah Bin Abu Sufyan
       ii. Sepanyol : Abdul Rahman al-Dakhil
   b. Nyatakan 2 golongan yang dikecualikan daripada sekatan hijabah
       -Bilal
       -Ketua Pos
   c. Senaraikan 3 sistem pemerintahan dan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Bani Umaiyah
      -Sistem Khalifah
      -Sistem Wazarah
      -Sistem Urus Setia
      -Sistem Hijabah
   d. Nyatakan 3 sistem urus setia dalam zaman Bani Umaiyah
       -bahagian surat menyurat
       -bahagian cukai
       -bahagian ketenteraan
       -bahagian polis
  e. Pada pandangan anda, apa yang anda lakukan untuk mengekalkan keamanan negara?
      -Mematuhi segala peraturan/perundangan
      -menguasai ilmu pengetahuan


3. a. Nyatakan keistimewaan Masjid Cordova
        -mempunyai menara setinggi 26 meter
        -kubah masjid beralaskan kayu berukir
        -diterangi dengan 4700 buah lampu
    b. Nyatakan 3 sumber pendapatan kerajaan Bani Umaiyah
        -kharaj(cukai tanah)
        -jizyah(cukai perlindungan)
        -zakat
    c. Nyatakan 2 kemajuan yang telah dicapai dalam sektor pertanian pada zamanBani Umaiyah
       -pembinaan sistem saliran
      -penyelidikan bijih benih
    d. Berikan 2 peristiwa pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah
       -penentangan daripada golongan Mawali
       -khalifah menabaikan tanggungjawab terhadap rakyat
       -mengabaikan ajaran Islam
    e. Pada pandangan anda ,bagaimanakah cara untuk mengekalkan kecemerlangan tamadun
        -menguasai ilmu pengetahun
        -memilih pemimpin yang berwibawa


4.a. Bagaimanakah kerajaan Bani Abassiyah diasaskan?        5m
       -diasaskan pada 750m
       -menerusi gerakan Abasssiyah
       -gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah
       -menggunakan kempen atas nama Ahlul Bait
       -menjadikan Khurasan,Kufah dan Humaimah sebagai pusat operasi
       -gerakan di Kufah diketuai oleh Abu Salamah al-Khallal
   b. Jelaskan perkembangan bidang penulisan dan perterjemahan pada zaman Khalifah Harun al-
       Rashid              10m
       -perkembangan ilmu berlaku melalui penulisan
       -menterjemah karya asing ke bahada Arab
       -pembinaan Baitulhikmah
       -diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rashid
       -berkembang semasa Khalifah al-Makmun
       -menterjemahkan karya falsafah dan sains daripada bahasa Yunani
       -kegiatan penulisan melalui 3 tahap
       -mencatat segala idea/percakapan
       -mengumpul idea 
       -mengarang
       -penglibatan golongan ulama dalam penulisan
       -membuat  pembaharuan dalam karya pertenjemahan
   c. Bagaimanakah kemajuan bidang ilmu pengetahuan kerajaan Bani Abassiyah telah  
       mempengaruhi tamadunEropah                      5m
       -peranan pusat pengajian tinggi dalam kegiatan penyelidikan
       -kajian yang telah diterjemahkan kedalam bahasa asing telah sampai ke Eropah
       -perkembangan tamadun Islam di Kota Bagdad
      - perkembangan keilmuan di Eropah melahirkan Zaman Renaissance
      -kegigihan ulama dalam penulisan
      -meninggalkanwarisan yang tidak ternilai



2 comments: