Thursday, February 10, 2011

Soalan sejarah

BAB 9 

1. Semasa Tamadun Islam berkembang di Tanah Arab,Eropah mengalami zaman kemerosotan yang  
    dikenali zaman gelap.
   a.Berikan maksud Zaman Gelap
      -Zaman mundur di Eropah selepas kejatuhan TamadunRom
      -dimana Eropah mengalami kemerosotan dalam pelbagai bidang seperti ilmu    
       pengetahuan,pembandaran dab perdagangan
   b.Nyatakan ciri-ciri Zaman Gelap
      -kelemahan kerajaan pusat
      -sifat gereja yang mengongkong
      -ekonomi dan kehidupan masyarakat merosot
      -penggunaan matawang yang terhad
   c.Namakan dua kaum gasar yang mengganggu aktiviti perdagangan di Pantai Barat dan Utara 
     Eropah
     -Orang Viking
     -Orang Magyar
   d.Gereja katholik dikatakan bersifat mengongkong kerana
      -gereja memiliki tanah yang banyak
      -tumpuan hanya kepada kegiatan keagamaan sahaja
   e.Bagaimanakah generasi hari ini boleh memastikan Zaman Gelap tidak berulang
      -menguasai ilmu pengetahuan
      -sentiasa berusaha memajukan diri
      -memastikan negara sentiasa berada dalam keamanan

2. Reformation merupakan satu gerakan penting yang berlaku di Eropah pada abad ke-16
    a.Berikan maksud Reformation
       -melaksanakan perubahan atau pembaharuan
       -untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik
    b.Nyatakan 3 idea penting yang diperjuangkan oleh Martin Luther
       -menentang amalan penjualan sijil Indulgences oleh institusi gereja
       -menentang amalan rasuah
       -menentang penyelewengan yang berlaku dalam gereja Katholik
       -menentang gaya hidup penguasa gereja yang mewah
    c.Berikan 3 kesan gerakan Reformation
       -agama Kristian berpecah kepada  2 mazhab utama iaitu Katolik dan Protestan
       -negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
       -kuasa gereja terhadap kerajaan semakin berkurangan
       -monarki baru membebaskan diri dari penguasaan Paus di Rom
    d.Senaraikan tokoh gerakan Reformation yang mencabar kedudukan gereja dan institusi paderi
      -Marti Luther
      -John Calvin
      -Huldreich zwingli
    e.Pada pendapat kamu mengapa generasi hari perlu menguasai ilmu pengetahuan
       -mengelakan negara dari terjajah
       -meningkatkan perkembangan ekonomi
       -menjadikan negara yang maju

3. a.Jelaskan persamaan ciri-ciri masyarakat feudal di Eropah dengan masyarakat Melayu 
       tradisional                       10m
       -terdapat golongan pemerintah
       -raja dan pembesar di Tanah Melayu
       -raja dan golongan baron di Eropah
       -golongan diperintah merupakan golongan majoriti iaitu rakyat dan petani
       -raja mengurniakan kawasan kepada pembesar dan tuan tanah
       -tuan tanah dan pembesar perlu bayar cukai kepada raja
       -pembesar dan tuan anah perlu menyediakan tentera kepada raja bila berlaku peperangan
       -petani perlu cukai kepada kepada tuan tanah dan pembesar
       -sistem kerah diamalkan iaitu tuan tanah dan pembesar boleh mendapatkan khidmat tenaga  
        daripada rakyat
       -amalan perhambaan di Eropah petani yang gagal membayar cukai menjadi hamba kepada tuan 
        tanah
       di Tanah Melayu masyarakat Melayu tradisional terdapat amalan perhambaan 
    b.Huraikan ciri-ciri Zaman Gelap yang berlaku di Eropah          10m
      -Eropah mengalami kemerosotan dalam ilmu pengetahuan
      -kemerosotan dalam bidang perdagangan
      -kemerosotan dalam kehidupan perbandaran
      -kelemahan kuasa kerajaan pusat 
      -golongan baron semakin berkuasa
      -gereja katholik hanya memberi tumpuan kepada keagamaan dan akirat sahaja
      -gereja juga memiliki hartanah yang banyak
      -kekacauan dan peperangan sering berlaku di Eropah
      -kegaitan ekonomi terhad
      -ekonomi perdagangan tidak dapat dijalankan kerana gangguan orang gasar
      -kekayaan berasaskan pemilikan hartanah yang membawa kepada kemunculan golongan baron 
      -rakyat terikat dengan tuan tanah sebagi pekerja atau hamba


BAB 10


1. Perkembangan ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah dan perusahan     
    getah memerlukan kepada buruh yang ramai
   a.Berikan 2 cara kemasukan buruh dari China ke Tanah Melayu
      -sistem tiket kredit
      -sistem pengambilan kakitangan
      -sistem pengambilan rumah kongsi
   b.Berikan 2 cara kemasukan buruh dari India ke Tanah Melayu
      -sistem buruh kontrak
      -sistem buruh bebas
      -sistem kangani
   c. Apakh maksud;
      i. Sin Kheh
         -bakal imigran
      ii. Kheh Tau
          -ketua bakal imigran
   d.Berikan 2 kesan kemasukan imigran China dan India ke Tanah Melayu
      -pembentukan masyarakat majmuk
      -perbezaan pekerjaan mengikut kaum
      -perbezaan bahasa dan budaya
   e.Pada pandangan anda apakah yang perlu dilakukan bagi mengeratkan integrasi kaum yang  
      terdapat di negara kita
      -mewujudkan sekolah integrasi untuk pelbagai kaum
      -mengadakan amalan rumah terbuka
      -mengadakan amalan gotong royang bersama

2.a Nyatakan kesan pengenalan dasar British dalam bidang pertanian kepada masyarakat Melayu
      -pengenalan tanaman baru seperti kopi, tembakau dan getah
      -tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam dikekersialkan
      -kemasukkan buruh dari China dan India
   b.Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British kepada masyarakat melayu
      -permohonan tanah perlu dibuat melalui pejabat tanah
      -perlu dapatkan surat kebenaran daripada pejabat tanah untuk mengutip sumber hutan 
      -residen berkuasa menentukan jumlah kawasan kosensi tanah kepada pemodal
      -semua urusan jual beli,culai,sewa tanahdibayar dengan wang 
   c.Mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu dilaksanakan oleh British
      -mengelakkan tanah milik orang melayu berpindah kepada orang asing
      -Tanah Simpanan Melayu tidak dibenarkan ditanam dengan tanaman komersial
      -melindungi kepentingan ekonomi British
   d.Apakah tujuan British mengadakanEnakmen Tanah Padi 1917?
      -melarang penanaman getah di kawasan tanaman padi
      -mengurangkan penyertaan pekebunkecil getah Melayu dalam perusahaan getah
      -premium permohonan tanah baru untuk penanaman getah dinaikkan

3.a. Huraikan sejarah perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu 
       pada awal abad ke-20                               10m
       -berlaku akibat perkembangan kegiatan perlombongan dan pertanian
       -jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan dari kawasan perlombongan  ke  
        pelabuhan
       -jalan kereta api pertama menghubungkan Taiping deangan Port Weld
       -menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port Swettenham
       -menghubungkan kawasan perlombongan di Seremban dengan Port Dickson
       -menghubungkan Tapah Road dengan Telok Anson
       -pada 1904 semua kawasan perlombongan bijih timah mempunyai perkhidmatan kereta api
       -jalan kereta api menghubungkan seberang Prai dengan sempadan Siam pada 1918
       -jalan raya dibina untuk mengangkut getah dan bijih timah ke pengkalan sungai
       -1895 Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400km
       -jalan raya antara Kuala Lumpur dan Kuantan memudahkan perhubungan antara pantai Barat 
        dengan pantai Timur
       -sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,pos dan perkhidmatan udara diwujudkan akibat 
        perkembangan ekonomi
   b. Terangkan sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad   
       ke-20                                            10m
       -perkembangan perlombongan bijih timah
       -mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk di eksport
       -jalan kereta api menghubungkan semua kawasan perlombongan di Perak, Selangor dan Negeri 
        sembilan
       -menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah Melayu
       -pembukaan tanah baru untuk peladangan getah
       -menarik pelabur-pelabur Eropah melabur dalam perladangan getah
       -kereta api dapat membawa muatan yang banyak
       -menghubungi negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan kapal berkuasa wap
       -pelabihan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan bijih timah ke Eropah

No comments:

Post a Comment