Friday, February 11, 2011

Soalan Sejarah

                                                                  BAB 3

1. Real politik diasaskan oleh Nicolo Machiavelli melalui karya "The Prince"
    a.Apakah yang dimaksudkan dengan amalan Real Politik
      -amalan yang membenarkan apa seperti tipu helah,kekerasan bersenjata dan epperangan untuk  
       mencapai matlamat politiknya
    b.Nyatakan 2 orang tokoh yang menggunakan amalan Real Politik dalam proses pembentukan 
       -Count Camilo Benso di Cavour
       -Otto Eduard Von Bismarck
    c.Berikan 3 taktik yang digunakan oleh tokoh tersebut dalam usaha mencapai matlamatnya
       -tipu helah
       -pemalsuan dokumen
       -provokasi
       -ugutan
    d.Bagaimanakah cara Nabi Muhammad SAW membentuk negara Islam Madinah
       -penyatuan melalui prinsip Islam
       -diplomasi, musyawarah ,permuafakatan
    e.Sebagai seorang pemimpin,mengapakah anda tidak bersetuju dengan penggunaan amalan Real 
       Politik?
       -Amalan real politik bertentangan dengan prinsip Islam
       -mengelakkan daripada tercetusnya peperangan
       -sistem ini tidak demokrasi


2. Salah satu  asas pembentukan negara dan bangsa ialah keunggulan undang-undang dalam 
    pemerintahan
    a.Nyatakan 3 kepentingan penguatkuasaan undang-undang dalam masyarakat.
       -mengawal masyarakat
       -memelihara keamanan
       -melindungi rakyat
       -mendisiplinkan rakayat
    b.Nyatakan 2 sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan 
       dengan agama Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
       -Hukum Kanun Melaka
       -Undang-undang Laut Melaka
   c.Nyatakan 3 perkara yang disentuh oleh Hukum Kanun Melaka
      -bidang kuasa raja dan pembesar
      -patang larang di kalangan anggota masyarakat
      -hukum kesalahan awam
      -undang-undang keluarga
   d.Pada pendapat anda,apakah kepentingan undang-undang kepada perkembangan ekonomi.
      -meningkatkan pertumbuhan ekonomi
      -dapat menggelakan amalan rasuah
      -menggelakkan pembaziran sumber


3.a.Jelaskan tentang warisan takhta yang diamalkan di negeri-negeri Melayu
      -sistem pewarisan takhta mementingkan jurai keturunan sebelah bapa
      -putera sulung sultan dengan permaisuri mewarisi takhta
      -jika tiada putera adik lelaki sultan boleh mewarisi
   b.Apakah kandungan
     i. Hukum Kanun Melaka
        -merupakan undang-undang bertulis dalam kerajaan Melayu Melaka
        -terdapat pengaruh Islam dan adat tempatan
        -mengandungi 44 fasal
        -menyentuh tentang kuasa raja dan pembesar
        -membincangkan tentang patang larang dalam masyarakat
        -menyatakan hukuman terhadap pesalah jenayah awam, keluarga dll
     ii. Undang-undang Laut Melaka
        -memperuntukkan tentang tatacara pelayaran di laut
        -menyentuh tanggungjawab pengawal laut
        -menyentuh aturcara pelayaran dan perniagaan
        -bidang kuasa nakhoda kapal
        -menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah
  c.Terangkan maksud Sistem Pembesar Empat Lipatan
     -sultan merupakan pemerintah tertinggi
     -dibantu oleh pembesar berempat
     -iaitu bendahara, penghulu bendahari, laksmana dan temenggung
     -merupakan tonggak pemerintahan
     -bidang tugas mengikut portfolio masing-masing
     -contoh laksmana menjaga keselamatan di laut
                  -temenggung menjaga keselamatan di darat
     -sistem Pembesar Empat Lipatan menjamin kesentosaan pemerintahan Melaka

4.a.Nyatakan peranan Undang dalam pemerintahan Negeri Sembilan 
      -Undang dipilih oleh Lembaga
      -Undang memilih Yang Dipertuan Besar
      -merupakan ketua Luak
      -perunding setiap keputusan Yang Dipertuan besar
   b.Terangkan perlaksanaan sistem pentadbiran di Negeri sembilan yang dikatakan mempunyai 
      unsur demokrasi
      -Negeri Sembilan mengamalkan Adat Perpatih
      -iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat
      -pelantikkan pemimpin dibuat daripada peringkat bawah
      -keputusan YDP Besar berdasarkan perundingan dengan Undang
      -YDP Besar dilantik oleh Undang
      -setiap luak diperintah oleh Undang
      -mereka dipilih oleh Lembaga
      -Lembaga dilantik oleh Buapak
      -Buapak bertanggungjawab terhadap suku kaum masing-masing
      -Buapak merupakan ketua perut
      -Ketua Perut menjadi tempat rujukan berkaitan adat
      -setiap anggota Ketua Perut dikenali sebagai anak buah
    c.Jelaskan peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih
      -kepentingan besama
      -mewujudkan semangat bergotong-royong
      -permuafakatan antara satu sama lain
      -mewujudkan semangat saling hormat menghormati
      -mementingkan semangat kerjasama dalam memilih pemimpin   
      -melahirkan semangat demokrasi


5. Sistem politik masyarakat Melayu tradisional berbeza daripada sistem politik negara moden hari 
    ini.
    a.Terangkan konsep pembinaan kerajaan Melayu tradisional                             8m
        -wujud kerajaan disebabkan adanya raja
        -kedudukan raja adalah tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan
        -raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik
        -raja menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kuasanya
        -rakyat akan menerima dan mengakui kekuasaan raja
        -sempadan kerajaan ditentukan oleh kesetiaan rakyat terhadap raja
        -kerajaan yang kuat akan menakluki/menaungi kerajaan yang lemah
        -contoh Kesultanan Melayu Melaka
        -mempunyai banyak negeri taklukkan dan naungan 
    b.Jelaskan konsep yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu    5m
       -apabila British campur tangan di Tanah Melayu setiap kerajaan Melayu disebut negeri
       -British cuba membina sebuah negara dan bangsa sepeti Malayan Union tapi ditentang oleh 
        orang Melayu
       -penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)1948 menggabungkan semua negeri Melayu dalam 
        pentadbiran pusat
       -British memberikan kemerdekaan kepada PTM pada 1957
    c.Terangkan konsep negara bangsa dalam konteks negara Malaysia.             7m
      -konsep bangsa merujuk sekumpulan manusia dalam satu ikataan kenegaraan sesebuah negara
      -lahirnya negara dan bangsa Malaysia setelah PTM mencapai kemerdekaan 1957
      -konsep bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
       -mereka berlainan bangsa,budaya,kepercayaan danpendapat
      -bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa
      -serta pengamalan kebudayaan kebangsaan
      -dan rukun negara dalam setiap aspek kehidupan


BAB 4


1. Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 namum akibat daripada tentangan orang Melayu 
    Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1 Febuari 1948
   a.Apakah tindakan wakil british Sir Harold Mac Michael yang menimbulkan kemarahan orang 
      Melayu terhadap rancangan Malayan Union(MU)
      -mengugut untuk menurunkan sultan dari takhta
      -tidak memberikan masa yang secukupnya kepada sultan
     -sultan dipaksa menanda tangani Perlembagaan MU
   b.Berikan 2 sebab mengapa orang Melayu menentang MU
     -pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang
     -penghakisan kuasa raja-raja Melayu
     -raja hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiiadat sahaja
   c.Nyatakan 2 perkara yang terkandung dalam perjanjian MU
     -semua negeri-negeri Melayu disatukan
     -Singapura diasingkan menjadi pelabuhan bebas
     -Gabenor British menjadi ketua Malayan Union
   d.Apakah cara yang digunakan oleh orang Melayu dalam usaha menentang MU
     -bantahan melalui akhbar
     -demonstrasi seara aman
     -menghantar surat bantahan ke England
   e.Apakh iktibar yang boleh diteladani dalam perjuangan orang Melayu menentang MU 
      -tegas dalam perjuangan 
      -bersatu padu menghadapi musuh
      -sanggup berkorban mempertahankan negara


2. Pelbagai reaksi penduduk Tanah melayu muncul apabila Malayan Union diperkenalkan. Ramai    
    yang tidak berpuashati menentang Malayan Union
    a.Nyatakan sebab-sebab MU diperkenalkan
       -menjimatkan kos pentadbiran
       -mengawal kuasa politik orang melayu
       -melicinkan pentadbiran
    b.Namakan Gabenor MU yang pertama
       -Sir Edward Gent
    c.Namakan 2 golongan yang menyokong MU
       -golongan Melayu radikal
       -orang dagang
       -Parti Kebangsaan Melayu Malaya
    d.Nyatakan 3 sebab mengapa golongan tersebut menyokong MU
       -dasar sama rata bagi semua penduduk
       -kerakyatan asal orang dagang dikekalkan
       -British berjanji memberikan kemerdekaan
    e.Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah anda perlu menentang MU
       -untuk mengekalkan kedaulatan 
       -menggelakkan negara dikuasai oleh bangsa asing
       -memberi hak pentadbiran kepada penduduk tempatan 

No comments:

Post a Comment