Monday, January 31, 2011

sejarah (soalan penting n jawapan) 2011

TING. 4
BAB 1.
1. Empat tahap utama zaman pra sejarah iaitu zmn Paleolitik, zmn Mesolitik zmn Neolitik n zmn Logam
   a. Nyatakan 3 ciri kehidupan masyarakat zmn Paleolitik     3m
      - hidup nomad
      - tinggal tepi sungai/tasik/dalam gua
      - hidup dalam kelompok keluarga
   b. Berikan 2 aktiviti ekonomi masyarakat zmn Neolitik      2m
      - bercucuk tanam
      - menternak binatang
   c. Namakan 3 alatan besi yang gunakan pada zmn Logam   3m
       - kapak gangsa
       - sabit
       - beliung
   d. Apakah sumbangan penting zmn Logam kepada perkembangan ekonomi     2m
       - penggunaan mata wang
       - sistem barter
       - penciptaan perahu
2. Tamadun Indus merupakan tamadun awal manusia yang memberi sumbangan yang penting  
    kepada peradaban manusia.
   a. Namakan 2 golongan masyarakat dalam Tamadun Indus   2m
       - pendeta
       - pedagang
       - petani 
   b. Namakan 2 bandar terancang dalam Tamadun Indus   2m
       - Mohenjo-Daro
       - Harrapa
   c. Nyatakan 3 ciri istimewa bandar terancang   3m
       - mempunyai bangunan pentadbiran
       - tempat mandi awam
       - bangunan berbentuk blok segi empat
       - tempat ibadat
   d. Nyatakan 3 faktor yang menyumbangkan pembinaan bandar tersebut      3m
       - ilmu geometri
       - sifat terbuka
       -teknologi pembakaran batu bata
3. perkembangan Dinasti Shang telah membawa banyak kemajuan dalam tamadun Hwang Ho.
   a. Siapakah yang menduduki lapisan atas dalam Tamadun Hwang Ho?                                2m
       - raja
       - pembesar
   b. Nyatakan konsep mandat daripada tuhan mengikut kepercayaan masyarakat Hwang Ho     2m
       - pemerintah yang direstui tuhan
       - mempercayai jika raja memerintah dengan adil rakyat akan makmur dan sejahtera
   c. senaraikan 3 kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat tersebut     3m
      - penyembahan roh nenek moyang
      - menyembah tuhan syurga
      - menyembah tuhan bumi
   d. senaraikan tiga sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian.   3m
      - penciptaan cangkul
      - penggunaan batas dalam pertanian
      - peralatan pertanian daripada besi mengantikan kayu
4. a. Apakah keistimewaan Bandar Mohenjo-Daro dan Harrapa dalam Tamdun Indus     8m
       -merupakan bandar yang dibina secara terancang
       -terbahagi kepada dua bahagian
       -bahagian utama pusat pentadbiran
       -bahagian kedua kawasan perumahan
       -dibina berasaskan pengetahuan dalam geometri dan kesenian
       -bandar disusun berasaskan blok segi empat
       -blok segi empat dipisahkan oleh jalan raya yang lurus
       -sungai menghubungkan antara bandar
       -batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi
   b. Jelaskan organisasi sosial yang terdapat dalam masyarakat Indus        6m
       -Terbahagi kepada dua golongan
       -golongan atasan 
       -terdiri daripada pendeta dan pedagang
       -golongan pendeta mengawal kegiatan masyarakat dan agama
       -golongan bawahan
       -terdiri daripada petani dan buruh
       -petani menjalankan aktiviti pertanian
   c. Jelaskan sumbangan Tamadun Indus kepada peradaban manusia         6m
      -memperkenalkan pembinaan bandar secara terancang iaitu Mohenjo-Daro dan Harrapa
      -kepakaran ilmu geometri, kesenian dan matematik
      -menghasilkan batu bata engan kaedah pembakaran suhu yang tinggi
      -mengadakan hubungan dengan tamadun luar
      -mewujudkan pertukaran teknologi
      -mengeksploitasi sungai Indus untuk kehidupan
5.a. Huraikan sistem pemerintahan yang diamalkan semasa Dinasti Shang dan Dinasti Chou dalam 
      Tamadun  Hwang Ho      10m
      Dinasti Shang
      -mengamalkan pemerintah beraja 
      -pengganti raja ialah saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja
      -berkuasa di pusat pentadbiran
      -raja dibantu oleh golongan bangsawan
      -golongan bangsawan mentadbir wilayah masing-masing
     Dinasti Chou
      -raja Chou dibantu oleh ketua menteri
      -pentadbiran wilayah oleh pembesar feudal
      -raja mengikat pembesar melalui ikrar taat setia
      -pembesar diminta melindungi raja 
      -pembesar diberi hak sebagai ketua agama
    b.Jelaskan sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban dunia hari ini     10m
       -pembinaan sistem pengairan
       -terusan dibina untuk mengairi kawasan pertanian
       -penciptaan cangkul dan sabit
       -penggunaan batas untuk pertanian
       -sistem pemerintahan monarki
       -gelaran raja kepada maharaja
       -sistem tulisan ideogram
       -pemujaan roh nenek moyang
       -mempercayai konsep yin dan yang 
       -konsep Feng Hsui
       -kalendar mengandungi 30 hari sebulan dan 360 setahun


                                                                            BAB  2

1 a. Nyatakan undang-undang bertulis pertama yang diperkenalkan di Rom     2m
       -Hukum Kanun 12
       -dikenali papan dua belas
   b. Berikan 3 prinsip yang terkandung dalam unang-undang Rom       3m
       -semua manusia sama di sisi undang-undang
       -seseorang tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah
       -keadilan terhadap setiap individu
       -hukuman berdasarkan bukti yang kukuh
   c. senaraikan 3 cabang undang-undang Rom    3m
      -undang-undang sivil
      -undang-undang rakyat
      -undang-undang natural
   d. berikan dua sumbangan penting Maharaja Justinian       2m
      -pembentukan sebuah empayar seperti Byzantine
      -memperkenalkan kod undang-undang Rom
2. a. Berikan 2 pusat perdagangan yang penting dalam Tamadun India       2m
       -Anga
       -Kalinga
       -Karusa
    b. Senaraikan 3 barangan yang diperdagangkan di pusat tersebut     3m
        -senjata
        -gading gajah
        -emas
        -berlian
    c. Namakan negara yang turut menjalin hubungan perdagangan dengan India         3m
        -Macedonia
        -Sri Langka
        -Asia Tengah
        -Asia Tenggara
    d. Apakah matlamat persatuan perdagangan ditubuhkan       2m
       -mengawal harga barangan
       -mengawal kualiti barangan
       -mengawal gaji pekerja
3.a. Siapakah yang dikategorikan sebagai golongan kedua dalam masyarakat China   2m
      -petani
      -artisan
   b. Nyatakan 3 golongan masyarakat China mengikut Confucius    3m
       -golongan sarjana
       -golongan petani
       -golongan tukang
       -pedagang
   c. Nyatakan sumbangan Shih Huan Ti dalam Tamadun China      3m
       -melahirkan empayar Dinasti Chin
       -berjaya menawan seluruh kerajaan kecil
       -menghapuskan kuasa golongan bangsawan
       -melantik gabenor untuk mentadbir
   d. Senaraikan 3 sumbangan China dalam perkembangan ekonomi       2m
       -memperkenalkan tenggala
       -menggunakan kolar kuda  
       -untuk menarik tenggala dan kereta kuda
       -kawasan bukit diteres untuk pertanian


   BAB 3


1. Cara-cara kedatangan pengaruh agama Hindu-Buddha ke Asia Tenggara
  • melalui golongan Brahmin atau pendeta
  • melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India
  • X

   a. apakah yang dimaksudkan dengan  X dan Y    2m    
        -melalui golongan ksyatria/tentera
        -melalui golongan vaisya/pedagan
     b.apakah peranan golongan brahmindalam pertadbiran kerajaan awal Asia Tenggara   2m
        -penasihat raja
        -menjalankan upacara keagamaan
    c.apakah unsur yang digunakan bagi mengukuhkan kedudukan raja?  2m
       -mitos
       -lagenda
    d.candi yang terdapat di Lembah Bujang Kedah mempunyai 2 bahagian iaitu...    2m
       -vimana
       -mandapa
    e.namakan 2 epik yang mempengaruhi kesusasteraan klasik di asia Tenggara   2m 
       -Epik Ramayana
       -Epik Mahabrata
2.Pengaruh Hindu Buddha membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat awal Asia Tenggara
   a.Terangkan kepentingan candi kepada kerajaan awal Asia Tenggara        8m
      -untuk memperingati peristiwa-peristiwa penting
      -memperingati orang-orang ternama sepeti raja/pembesar
      -bertujuan menonjolkan kemahiran kesenian
      -sebagai tempat ibadat
      -menjadi lambang kepercayaan agama seperti Angkor Wat (hindu),Borobudur(Buddha)
      -menjadi tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
      -tempat penyimpanan  patung dewa utama
      -sebagai lambang kekuasaan raja
      -menjadi lambang ketaatan rakyat kepada raja
   b.Huraikan kepentingan bahasa sangskrit pada zaman kerajaan awal Asia Tenggara     6m
      -digunakan untuk merekodkan ilmu pengetahuan
      -untuk mencatat mentera dan jampi
      -dibaca dalam upacara keagamaan
      -memperkayaan perbendaharaan kata seperti dosa, pahla,duka dll
      -digunakan untuk menulis catatan pada candi dan monumen
      -untuk menulis pada batu bersurat seperti batu bersurat kutei di Lembah Bujang
     -melahirkan hasil kesusasteraan seperti puisi, prosa jawa dan Syair Negaraktagama
   c.Huraikan pengaruh Hindu-Buddha dalam pemerintahan kerajaan awal Asia Tenggara  8m
     -memperkenalkan sistem beraja di Asia Tenggara
     -ketua pemerintah digelar raja
     -raja dianggap keturunan dewa/bayangan tuhan
     -raja berkuasa mutlak
     -konsep orde kosmos iaitu negara dianggap satu alam semesta raja dan ibu kota sebagai pusat   
      alam
     -golongan brahmin adalah penasihat raja, mengetuai upacara keagamaan
     -bacaan ciri dalam upacara seperti angkat sumpah diadakan



TING  5


BAB 1

1. Kedatangan kuasa Barat telah membawa perubahan kepada sistem politikdi Asia Tenggara
    a. Senaraikan ciri umum sistem Birokrasi Barat di Asia Tenggara.      3m
       -penubuhan kerajaan pusat
       -Gabenor jeneral sebagai ketua pentadbir
       -pelaksaan pentadbiran melalui biro
       -pegawai barat sebagai ketua biro
    b. Nyatakan sistem pemerintahan di Filipina sebelum kedatangan penjajah  2m
       -terdiri daripada daerah-daerah kecil
       -diperintah oleh golongan datu
       -di Bahagian selatan wujudnya kerajaan Islam
   c. Nyatakan tugas-tugas Encomiendro dalam sistem Ecomienda yang diperkenalkan oleh   
       penjajah Spanyol di Filipina     2m                           
       -menjaga keamanan
       -mengutip cukai
       -mengkristiankan penduduk tempatan 
   d. Pada pendapat anda mengapa kita perlu mengelakkan negara kita dari dijajah     3m  
       -menjadi sebuah negara merdeka
       -memerintah mengikut acuan sendiri
       -mengukuhkan pembangunan ekonomi
2. a. British telah memperkenalkan 2 sistem pentadbiran di Tanah Melayu. Namakan kedua-dua   
        sistem tersebut    2m
        -sistem residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
        -sistem Penasihat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
   b. Berikan 3 kesan penguasaan British di Burma tehadap sistem pentadbiran tradisional Burma   
       3m
       -dinasti Konbaung tersingkir
       -institusi raja berakhir
       - jawatan pembesar tradisional peringkat pusat terhapus
    c. Nyatakan 2 pembaharuan yang dilakukan oleh Raja Chulalongkorn dalam membantu 
        mengekalkan  kemerdekaan Thailand   2m
       -memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah
       -memperkenalkan Kabinet Menteri 
    d. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,apakah tujuan penjajah melakukan perubahan 
        terhadap pentadbiran di asia Tenggara? 3m
        -mengukuhkan kuasa politik
        -mengurangkan kuasa pentadbir tempatan
        mengeksploitasi ekonomi tanah jajahan
3.  Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara terbahagi tahap pertama dan kedua
     a. Berikan 2 ciri gerakan tahap kedua    2m
         - bersifat radikal
         -menuntut kemerdekaan
     b. Namakan dua parti politik radikal di Indonesia pada tahap kedua     2m
         -Parti Nasionalisme Indonesia
         -Parti Komunis Indonesia
     c. Apakah tindakan yang diambil oleh Belanda bagi menghalang parti radikal itu?  2m
         -mengharamkan parti radikal
         -menangkap pemimpin parti radikal
     d. Nyatakan 2 isu utama yang menjadi fokus penjuangan tahap kedua di Thailand      2m
        -rasa tidak puashati terhadap kapitalis Barat dan orang cina
        -menggalakkan penglibatan penduduk peribumi dalamakitiviti ekonomi
     e. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda apakah yang boleh dilakukan oleh generasi muda   
         sebagai menghargai perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan      2m
         -mengekalkan kemerdekaan negara
         -menguasai ilmu pengetahuan
4. a. Bagaimanakah dasar penjajahan Barat dapat membangkitkan gerakan nasionalisme di Asia 
        Tenggara?        8m
        -timbul perasaan tidak puashati rakyat
        -sistem birokrasi barat
        -rakyat tempatan tiada peluang dalam pentadbiran moden
        -rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional
        -dasar ekonomi penjajah
        -sistem Polo di Filipina
        -Sistem Tanaman Paksa di Indonesia
        -penindasan terhadap penduduk tempatan
        -dasar penjajah terhadap kemasukan imigran
     b. Bagaimanakah pengaruh agama dapat mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara    6m
        -agama berjaya menyatupadukan rakyat
        -menghadapi penindasan dan pengaruh agama kristian
        -kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu
        - penubuhan persatuan agama Buddha di Burma
        -agama alat perpaduan
        -penyatuan dunia Islam menentang penjajahan Barat
        -aagama Kristian menyatukan penduduk peribumi menentang Spanyol
     c. Jelaskan perkembangan pendidikan di Asia Tenggara yang mencetuskan nasionalisme   6m
        -sikap pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan
        -mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar
        -memberikan pendidikan peringkat rendah kepada golongan elit dan penduduk bandar
        -di Indonesia anak golongan Priyayi diberi pendidikan tersendiri
        -sikap pilih Belanda untuk memecahkan perpaduan
        -memperkenalkan pendidikan sekular dan mubaligh di Burma
        -lepasan sekolah venarkular di Tanah Melayu sukar dapat pekerjaan
5. a. Terangkan perubahan pentadbiran oleh Belanda di Indonesia   10m
        -pentadbiran pusat
        -diketuai oleh Gabenor Jeneral
        -pentadbiran tempatan 
        -dikendalikan oleh pembesar tempatan dan diawasi oleh pegawai Belanda
        -penubuhan Jabatan Kerajaan
        -Jabatan Pelajaran dan Pertanian
        -penubuhan Dewan Tempatan
        -sebagai penasihat pentadbiran Belanda
        -tetapi tiada kuasa perundangan
        -penubuhan Volksraad
        -merupakan Majlis Rakyat
        -hasil desakan Sarekat Islam
    b. Huraikan perubahan pentadbiran Di Tanah Melayu semasa penjajahan British   10m         
        -British menubuhkan Negeri-negeri Selat (gabungan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura)
       -Gabenor NNS merupakan pemerintah tertinggi
       -Residen kaunselor disetiap negeri bagi membantu Gabenor NNS
       -Sistem residen diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu
       -sistem Penasihat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
       -tugas residen dan penasihat adalah menasihati sultan dalam pentadbiran kecuali agama dan    
        adat istiadat
       -sistem kehakiman Barat diperkenalkan
       -pelaksanaan kutipan cukai oleh British
       -Balai-balai polis dibina untuk tujuan keselamatan
       -raja dan pembesar melayu kehilangan kuasa 


BAB 2


1.Gerakan Islah adalah gerakan yang didorong oleh Kaum Muda yang berusaha untuk 
   mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
  a.Senaraikan 2 tokoh yang terlibat dalam gerakan Kaum Muda
     -Syed Sheikh al-Hadi
     -Sheikh Tahir Jalaluddin
     -Tok Kenali
  b.Namakan 2 akhbar/majalah yang menjadi saluran perjuangan Kaum Muda 
     -Al-iman
    -Neracha
    -Idaran Zaman
  c.Nyatakan dasar perjuangan KaumMuda dalam Gerakan Islah  
     -mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
     -menjana ajaran Islam dari sudut dunia
     -mengesa orang melayu supaya maju dalam ekonomi
  d.Nyatakan 2 golongan yang menjadi sasaran kritikan Kaum Muda
     -penjajah
     -raja
     -pembesar melayu
 e.Apakah halangan yang dihadapi oleh Kaum Muda di negeri-negeri Melayu
    -perlu mendapat kebenaran sultan
    -risalah kaum Muda tidak dibenaarkan masuk ke negeri-negeri Melayu
   -pengaruh Kaum Tua

2.Akhbar,majalah dan novel memainkan peranan yang pentingsebagai penggerak kesedaran 
   kebangsaan di Tanah melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
   a.senaraikan akhbar Melayu yang membangkitan semangat nasionalisme
      -Warta Malaya
      -Lembaga Malaya
      -Utusan Melayu
   b.Nyatakan isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru
      -pendidikan untuk anak-anak Melayu
      -menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu
      -membaiki taraf hidup orang Melayu
   c.Berikan 2 isu berkaitan wanita yang dibangkitkan dalam majalah Bulan Melayu
     -perpaduan di kalangan guru-guru perempuan Melayu
     -menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan
     -mendorong wanita menjaga kesopanan dan nilai-nilai Islam
   d.Nyatakan 3 mesej patriotisme yang ditonjolkan dalam novel Keris Melaka
      -semangat perjuangan menentang penjajah (portugis)
      -menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
      -mengunakan sejarah sebagai sumber inspirasi


3.a.Bagaimanakah dasar pentadbiran British di Tanah Melayu menjadi faktor pemangkin 
      nasionalisme            10m
      -British menggalakkan kemasukan kaum imigran
      -Dasar British menyebabkan ramai orang asing menentap di Tanah Melayu
      -kemasukan imigran menimbulkan persaingan dengan penduduk tempatan
      -orang asing menguasai ekonomi dagang
      -seperti  pelombongan dan peladangan
      -orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional
      -seperti penanaman padi
      -pembukaan bandar-bandar baru yang lengkap dengan pelbagai kemudahan
      -orang Melayu kekal di kampung yang serba kekurangan
      -jurang sosial yang luas antara masyarakat Melayu dan orang asing
  b.Huraikan isu-isu sosial yang dibangkitkanoleh akhbar-akhbar Melayu           10m
     -memajukan pendidikan tinggi di kalangan orang Melayu
     -menggalakkan pendidikan kepada anak perempuan Melayu
     -menggesa orang melayu menghindari sikap negati
     -seperti memilih kerja dan malas
     -menggalakkan tabungan untuk pendidikan anak-anak
     -mementingkan kemahiran tradisional
     -seperti pertukangan dan kerja tangan
     -mementingkan pendidikan bahasa Inggeris di kalangan orang Melayu
     -memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
     -meminta taraf sekolah Melayu diperbaiki
     -menyeru orang Melayu tidak meninggalkan pendidikan Islam
     -menyeru supaya dikekalkan nilai-nilai baik Melayu

Thursday, January 27, 2011

Cuit Sikit

Generasiku oh Generasiku

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Pemurah

Bersyukur kita kerana masih lagi dapat menghirup udara yang segar serta dapat menghayati nikmat kemerdekaan yang ke-51 dalam bulan yang penuh keberkatan, bulan yang menjadi tumpuan para ambia dan aulia. Semuga kita semua bersama merebut peluang yang terhampar luas sebelum pergi meninggalkan kita kerana 2009 belum menjanjikan kita adakah masih bernafas

Biarpun  generasi demi generasi silih berganti, kecintaan terhadap tanahair bertuah ini diharap tetap bersemarak disanubari setiap manusia yang bergelar warganegara Malaysia terutama setiap kali tibanya sambutan kemerdekaan yang pasti mengembalikan ingatan penuh nostalgia saat-saat tanah bertuah ini bebas dari cengkaman penjajah.

Hadith bermaksud "cintakan tanahair itu sebahagian daripada iman"

Kemerdekaan negara adalah nikmat terbesar kurniaan Allah kepada seluruh manusia. Kita harus ingat nikmat yang kita hirup adalah darah dan nanah para perjuang yang berjuang puluhan tahun untuk membebaskan bumi kelahiran kita dari gamitan bangsa asing dan ingin hidup bebas dalam negara yang merdeka. Sekarang rahmat Tuhan telah kita kecapi.

Wahai generasi yang merdeka, bebas menghirup udara, menatap segala rupa dan bangsa kerana kita anak merdeka. Namun sedar dan ingatlah amanah yang terpikul bagi setiap manusia untuk mengekalkan kemerdekaan dalam segenap aspek serta menjulang nama MALAYSIA ke persada dunia.

 Menjadikan negara kekal merdeka generasi muda perlu bersifat merdeka dalam maksud berjihad membebaskan  diri dari terjerumus dalam keruntuhan akhlak dan tingkahlaku yang boleh membawa kepada kemurkaan ALLAH. Islam amat menitikberatkan usaha-usaha membebaskan diri dengan menyelamatkan tamadun manusia dari terus hidup dalam gelombang nafsu yang diseliputi sifat sirik kepada ALLAH, kekufuran , kemungkaran dan kemaksiatan.

  "kekalnya bangsa kenara mulianya akhlak, runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"

Sempena sambutan bulan kemerdekaan bersama bulan Ramadhan yang mulia semoga kita bersama berazam untuk berjihad membebaskan diri dari sifat-sifat yang boleh meruntuhkan manusiawi. sebaliknya kita isikan nikmat kemerdekaan ini dengan meneruskan perjuangan demi kestabilan negara agar terus dapat diwarisi oleh generasi terkemudian.

  "apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman dari generasi terkemudian"

Ad6 2008






Generasiku oh Generasiku


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan penyayang. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana kita masih dipanjangkan umur untuk menghayati keindahan dunia ini. Walaubagaimanapun kita perlu menyedari bahawa dunia ini adalah pinjaman seketika sahaja, kita adalah musafir di alam fana ini. Kita manusia perlu ingat perjalanan kita kian hari bertambah dekat dengan saat kematian.

Dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini sering kita dengar dan lihat pelbagai salah laku remaja menjalani hidup dalam pelbagai cara dan gaya yang bertentangan dengan khendak ISLAM atau bertentangan dengan nilai-nilai murni yang telah diterapkan di bangku-bangku sekolah.

Setiap hari terpapar di dada-dada akhbar tentang salah laku pelajar yang menjadi pelaris ..... pelajar mencabul, pelajar merakam aksi... , pelajar merempit, pelajar melahirkan bayi dalam tandas, pelajar melacurkan diri dan pelbagai lagi menjadi tajuk utama dalam akhbar harian.

Pelbagai pihak mara ke depan untuk menjadi jaguh dalam arena ini, kononnya merekalah pejuang yang akan membela nasib bangsa yang terdampar kelemasan akibat mengikut tuntutan nafsu serakah. Namun segala cadangan hanyalah sekadar memenuhi keperluan pada masa dan tika itu sahaja. Penyelesaian jangka panjang belum ada kesudahannya.

Kita terleka yang segala masalah ada penyelesaiannya. Cuba kita bersama merenung akan janji dan peringatan Allah SWT " setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati". Remaja kita hari ini dilanda penyakit yang amat besar iaitu tidak mengamalkan hak-hak sebagai seorang muslim terutamanya solat kerana solat merupakan tiang bagi setiap muslim itu menyebabkan hati mereka kosong dan sebagai perlarian mereka membuat perlakuan mengikut khendak hawa nafsu yang tidak berpandukan Al-Quran dan Al-Hadist.

Firman Allah bermaksud:
 Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Sebagai manusia sememangnya perlu ingat dan sedar bahawa penawar yang paling agung dalam menyelesaikan masalah di kalangan remaja ialah solat lima waktu kerana solat merupakan tiang agama yang menjadi paksi kehidupan manusia. Solat merupakan tempat bagi kita mengadu segala masalah.

Ad6  2007






Generasiku oh generasiku


Dunia hari ini kian kepanasan akibat kepelbagaian kemaksiatan yang telah lama membarah serta menanah dalam kehidupan seharian. Pelbagai bencana alam banjir, panas yang melampau, gempa bumi, tsunami yang diturun oleh ALLAH SWT untuk menjadi pengajaran kepada manusia supaya lebih mengerti akan tugas sebagai hamba. Pelbagai pihak mengambil peranan menjadi jaguh dalam mencari penyelesaian membicara mengapa dan kenapa ? namun hasilnya terus tersasar kerana pencarian hanya berasaskan sains dan teknologi dengan melupakan kuasa yang ESA


Kita sebagai penghuni alam seharusnya bangkit bersama menggalas harapan menggunung semoga generasi yang lahir nanti adalah generasi cemerlang yang bangkit melontar segala kepalsuan membunuh kemaksiatan atas nama kebenaran dengan mengharap keredaan ILLAHI.


Dalam kepayahan membina generasi alaf baru, kita lihat remaja kian leka membina kehidupan dengan pelbagai budaya terjunjung,berbanggakan Black Mental, Punk, Skinhead yang terarah kepada kehidupan yang bebas dari kepatuhan kepada yang MAHA ESA. Walaupun mereka tahu ianya satu pelarian yang sia-sia dan penuh dengan kepalsuan segala. Membina generasi hari ini menuntut pengorbanan semua pihak tanpa alasan kerana generasi kini kian tersasar dari tunjang keimanan. Bersama renungi kembali kata-kata indah moyang kita kekal dalam lipatan sejarah terus gigih berjuang membina bangsa berjaya dengan akhlak yang mulia.


                   Berat sama dipikul
                   ringan sama dijinjing
                   yang tiada sama dicari
                   sama sakit sama senang
                   ke bukit sama mendaki
                   dapat sama laba
                   hilang sama rugi


Indahnya semangat moyang kita membina generasi memacu ke puncak jaya. Dengan berpegangkan konsep 
                   bersatu teguh bercerai roboh
                   seikat seperti sirih
                   serumpun seperti serai
Namun keindahan itu hanya menjadi kenangan yang tersimpan dalam buku-buku sejarah dan muzium atau barang antik yang perlu digilap untuk kenangan bukan pegangan untuk menjana bangsa Kegagalan menghayati semangat itu melahirkan generasi yang hilang nilai-nilai ketimuran, pelajar yang cemerlang dalam akademik tetapi  gagal dalam akhlak atau generasi yamng gagal segala-galanya.


Kalau dilihat pada sstatistik sebahagian besar remaja melayu melanjutkan pelajaran ke Universiti Pusat Serenti dan mencipta pelbagai kelulusan BA,  MA, dan PHD kerana jalan berliku yang menjadi pilihan iaitu pengaruh dadah dalam kehidupan memusnahkan masa depan sendiri semata-mata untuk kegembiraan yang palsu dan seketika cuma.


Cuba bersama merenung di jalanan pada larut-larut malam atau awal pagi remaja kita berbangga dengan pelbagai aksi kemusnahan seperti wheelie, wheekend dan mat rempit yang "mempersetankan kesunyian" malam kerana diri dibawah sedar


Marilah kita bersama menadah tangan memohon restu ILLAHI semoga generasi kita menjadi warga yang berjaya cemerlang gemilang dan terbilang dari aspek jasmani emosi rohani dan intelek kerana di tangan mereka nanti akan terbentuk negara untuk menjadi lebih bermaruah.


Ad6  2006

Sunday, January 16, 2011

sajak

     Mimpi Semalam

mimpi semalam berlari
menangis tanpa lagu
    menyesal
                kesal
                       sesal
kerana
kenapa aku tidak begini
kenapa aku tidak begitu
kini
aku lena dalam sendu sendirian

Ad6  Jan  '11




MERDEKA ITU

merdeka itu
datang tika tiba saatnya
berlalu kerana masa terus bergerak
tanggal 31 OGOS satu pasti
mencatat sejarah
bangsa sejati

merdeka itu
pasti tiba
saat itu kembali menjelma
sejarah tercatat sudah
tanggal keramat tertera
namun, sedarlah

merdeka itu 
perlu diisi
isikan merdeka itu
dengan iman
takwa
ilmu
ikhlas
sopan santun
itu. isian kemerdekaan

merdeka itu
kini terisi
dengan mat/minah rempit
dengan mat/minah dadah
dengan mat/minah pil kuda
dengan mat/minah rewang
dengan mat/minah punk
dengan mat/minah hip hop
dengan mat/minah black mental
dengan mat/minah gila babi

merdeka itu
datang dan berlalu
tika tiba saat dan masa itu
merdeka itu terisi
bayi dibakul sampahkan
bayi digongong anjing
bayi dihurungi lalat
bayi, tangan ditemui
bayi, kaki kehilangan
bayi tersangkut di pagar masjid
bayi mati/kesejukan/bintit kemerahan
Bayi! Bayi! oh Bayi!!!!!

merdeka itu
datang lagi 
menanti seribu mimpi
meninggal ribuan pasti
darah dan nanah
mengalir laju
bangkit membina
NEGARA BANGSA MERDEKA

membina tugu
bertiangkan IMAN
berdindingkan ILMU
beratapkan TAKWA
berlantaikan KESYUKURAN

namum
itu merdeka belum pasti
kerana muda mudi
lemah termengah

Ad6  2008




KOTA SAMARKAND

Kota Samarkand
kota kegelapan
kota berhantu
kota kematian
kegelapan meniti kegelapan
menyusuri lorong-lorong kesunyiaan

kota samarkand
kota kegelapan
kuil nan agam
megah berdiri
kengerian jelas membayangi
ketakutan terpancar
para dukun terdiam menginap
ritual dipersembah
keindahan dunia diabaikan
kuil nan agam diterokai
lorong dilalui tiada penghujung
berjajar patung-patung sedia mengarah
bunyian anih menegakkan bulu roma

kota samarkand
kota kegelapan
sinar mendatang dalam kerakusan
Amir dituju tanpa rela
keadilan dipinta tanpa harap
prasangka kukuh bersarang
muslim tetap muslim!!!

Kota Samarkand
kota kegelapan
pagi mulia hukuman dititah
khadi tua tegas menghukum
pemerintah tertinggi tegar menyerah
segala harta diserah sudah
bumi diinjak diundur jua
tentera muslim berundur seketika
janji mendatang dengan semboyang

Kota Samarkand
kota bercahaya
janji ALLAH tegar terselah
tentera islam disambut megah
janji perperangan mawar ditadah
takbir bergema amat meriah
berpeluk mesra dalam keimanan 
saudara bersatu satu akidah

Kota Samarkand
kota bercahaya
takbir ! tahmid ! selawat !  meriah bergema
NUR ILLAHI menerangi segala
masuk kota tanpa darah
semua umat satu bersaudara
mengikat dalam satu akidah
Rahmat ALLAH tiada kesudahan
Amin ! Amin ! Aimn !

Ad6  2008