Wednesday, June 1, 2011

sajak

KEKALUTAN HIDUP

menjerit awal kelahiran
mendengar keagongan ILAHI
suci murni cerah terserlah

meniarap
mengagah penuh ghairah
dibelai penuh manja

merangkak jejak pahlawan
hulu hilir dalam kawalan
mencari mengutip penuh tawa

bertateh bertateh keriangan
tawa diukir penuh ikhlas

berjalan
gagah melangkah
halangan dilangkah
sergahan disanggah

berlari berlaru berlari
darat laut udara diredah
ego menjajah
hidup terjarah
sejarah terukir
malam kelabu
menjelma sedia mengadah

kerana aku manusia
punya raja, kuasa ...
tapi takdir  tetap bukan milikku

Ad6 2011 (jun)