Monday, November 29, 2010

sajak

  Perjalanan itu terlalu berliku

perjalanan itu terlalu berliku
kesabaran
ketabahan
tempuhi dengan reda
kerana janji tertunai pasti

perjalanan itu terlalu berliku
kekayaan diagungkan
kecantikan dimuliakan
kekuasaan disanjungi
darjat diutamakan
namun
dengan rela diketepikan
menyerah diri penuh pasrah
kerana janji tertunai pasti

perjalanan itu terlalu berliku
dalam kepekatan malam
kedinginan pagi
membangkit diri
berdiri penuh pasrah
menyerah penuh kudus
kerana janji tertunai pasti

perjalanan itu terlalu berliku
segala darah dan nanah
noda dan dosa
salah dan khilaf
dusta dan nesta
dicuci bersih indah mewangi
kerana janji tertunai pasti

perjalanan itu terlalu berliku
meminta dan memohon
merayu dan mengemis
mengharap dan meratap
kepada
empunya diri
kerana diri adalah hamba
meminta pada yang SATU
memohon pada yang ESA
merayu pada yang BESAR
mengemis pada yang AGUNG
meratap pada yang MULIA
dengan rahmatMU
kerana janji tertunai pasti

Perjalanan itu terlalu berliku
lurus menjadi satu lancar segala akidah
kembali kapada yang SATU
merasa diri penuh kerdil
mengharap tanpa balasan
memohon tanpa upah
meminta tanpa bukti
menyerah penuh FANA
kerana janji tertunai pasti

perjalanan itu terlalu berliku
kerana
diri adalah hamba
mengharap hidup kekal abadi
namun
perjalanan kian singkat
langkat kian lambat
nafas kian tersekat
suara kian gagap
tegak kian goyah
kerana janji tertunai pasti

perjalanan itu terlalu berliku
akhir bicara pasti tertunai
kalimah kalam jadi taruhan
LAILLAHAILLALLAH
janji tertunai pasti
amin!!!!!!!!!!!

1 comment:

  1. ingatlah teman hidup di dunia ini terlalu singkat masih menanti tempat yang kekal abadi

    ReplyDelete