Wednesday, June 20, 2012

TAJUK-TAJUK PENTING SPM 2012





TING 4
BAB 2
Peningkatan Tamadun
 -Ekonomi
  • punca negara kota yunani menumpukan dalam perdagangan
  • faktor kemajuan perdagangan dalam tamadun India
  • kemajuan bidang pertanian dalam tamadun China
  • sebab berlakunya peningkatan dalam bidang ekonomi(kbkk)
-Pendidikan
  • falsafah pendidikan Yunani
  • Falsafah pendidikan Rom
  • Pendidikan tamadun India
  • Pendidikan tamadun China
Bab 3
-Pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara
  • Cara penyebaran agama Hindu -Buddha di Asia Tenggara
  • Pengaruh Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan
  • Pengaruh Hindu Buddha dalam seni bina
  • Pengaruh Hindu-Buddha dalam bahasa dan kesusasteraan
Bab 5
-Piagam Madinah
  • Maksud Piagam Madinah
  • Kandungan Piagam Madinah
  • Kedudukan orang Yahudi dalam Piagam Madinah
  • Kepetingan Piagam Madinah dalam Pembinaan negara
  • Pelaksanaan Piagam Madinah dalam Masyarakat majmuk(kbkk)
-Penyebaran Islam semasa di Madinah
  • Strategi dakwah islamiah di Madinah
  • Alasan membuktikan Islam tidak berkembang melalui peperangan
  • Tujuan peperangan dalam Islam
  • Peraturan semasa berperang
  • Keburukan peperangan
  • Langkah mengelakkan peperangan(kbkk)
Bab 7
-Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara
  • Teori dan bukti Islam dari Tanah Arab
  • Teori dan bukti Islam dari India
  • Teori dan bukti Islam dari China
  • Faktor penyebaran Islamdi Asia Tenggara
-Penyebaran Islam di Asia Tenggara
  • Cara pedagang menyebarkan Islam
  • Cara pemerintah menyebarkan Islam
  • cara mubalih menyebarkan Islam
  • Peraanan kerajaan dalam menyebarkan Islam
  • Peranan pusat kebudayaan dalam menyebarkan Islam
Bab 9
-Zaman Gelap di Eropah
  • Maksud Zaman Gelap
  • Keadaan politik Zaman Gelap
  • Keadaan ekonomi zaman Gelap
  • Keadaaan sosial Zaman Gelap
  • Perubahan yang berlaku pada penghujung Zaman Gelap
-Gerakan Reformation
  • Maksud reformation
  • Faktor berlakunya reformation
  • Perkembangan gerakan reformation di Eropah
  • Kesan gerakan reformation
-Kesan Revolusi Perindustrian
  • Gerakan Luddite
  • Langkah menghalang gerakan pekerja
  • Bentuk penindasan terhadap pekerja
  • Usaha membela nasib pekerja
Bab 10
-Pembandaran di Tanah Melayu
  • Maksud pembandaran
  • Faktor kemunculan bandar baru
  • Fungsi bandar baru
  • Sebab pembandaran tidak seimbang antara kawasan
  • Langkah mewujudkan pembandaran seimbang

TING 5

Bab 2

-Akhbar,Majalah dan Novel tahun 1930an
  • Judul akhbar dan majalah
  • Isu politik,ekonomi dan sosial dalam akhbar Melayu
  • Persoalan dalam Majalah Guru,Pengasun dan Bulan Melayu
  • Mesej semangat kebangsaan dalam novel Melayu
  • Persoalan semasa dalam media cetak masa kini
-Perjuangan Persatuan Melayu
  • Kejayaan kesatuan Melayu Singapura
  • Matlamat penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya(PASPAM)
  • Kegiatan bersifat politik Kesatuan Kaum Muda
  • Sebab kurangnya penglibatan masyarakat sabah dalam persatuan
  • Kepentingan Kongres Melayu 1939 dan 1940
Bab 3
-Pembinaan Negara dan Bangsa
  • Faktor pembinaan negara bangsa moden di Eropah
  • Maksud Real Politik
  • Amalan Real Politik dalam pembinaan negara Jerman dan Itali
  • Kaedah pembinaan negara Islam Madinah
  • Kaedah pembinaan negara dan bangsa Malaysia

Bab 5
-Pakatan Murni
  • Maksud pakatan murni
  • Faktor wujudnya pakatan murni
  • Langkah ke arah pakatan murni
  • Peranan Dato Onn mewujudkan pakatan murni
  • Kejayaan pakatan murni
  • Kepentingan dan nilai pakatan murni
-Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • Penubuhan dan peranan Suruhanjaya Reid
  • Isu yang dikaji oleh Suruhanjaya Reid
  • Langkah ke arah menghasilkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
  • Isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
  • Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Bab 6
-Pembentukan Malaysia
  • faktor dan cadangan pembentukan Malaysia
  • Reaksi terhadap pembentukan Malaysia
  • Peranan dan penubuhan Suruhanjaya Cobbold
  • Peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum(JPPK)
  • Peraanan Jawatankuasa Antara Kerajaan
  • Penentangan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia

Bab 8
-Perpaduan Kebangsaan
  • Kedudukan Bahasa Melayu mengikut perlembagaan
  • Langkah memartabatkan Bahasa Melayu
  • Matlamat kerajaan mewujudkan Dasa Kebudayaan Kebangsaan
  • Ciri Kebudayaan Kebangsaan
  • Peranan sukan ke arah perpaduan
  • Kepentingan Perpaduan (kbkk)
-Wawasan 2020
  • Konsep Wawasan 2020
  • Teras kemajuan bersepadu mengikut wawasan 2020
  • Cabaran daalam mencapai wawasan 2020
  • Strategi menghadapi cabaran wawasan 2020
  • Ciri-ciri masyarakat Malaysia mengikut wawasan 2020
  • Tanggungjawab warganegara Malaysia ke arah mencapai wawasan 2020(kbkk)
Bab 9
-Blok dunia dan Perang Dingin
  • Maksud blok dunia
  • Faktor kemunculan blok dunia
  • Sebab berlakunya perang dingin
  • Perbezaan ideologi kapitalis dan komunis
  • Cara kuasa besar menyebarkan pengaruh
  • Kesan perang dinginterhadap negara ketiga(kbkk)
-Dasar Luar Malaysia
  • Faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar
  • Prinsip dasar luar tahap pertama - pro Barat
  • Prinsip dasar luar tahap kedua - bebas dan berkecuali
  • Prinsip dan dasar luar tahap ketiga mengutamakan kepentingan ekonomi
  • Faedah hubungan luar(kbkk)
-Malaysia Dalam Hubungan Serantau(ASEAN)
  • Matlamat penubuhan ASEAN
  • Pengisytiharan ASEAN sebagai Zon Bebas Aman dan Berkecuali(ZOPFAN)
  • Langkah merealisasikan prinsip ZOPFAN
  • Kerjasama ekonomi dan sosial dalam kalangan negara ASEAN
-Cabaran Masa Depan
  • Kepentingan ICT
  • Faktor kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia(MSC)
  • Definisi k-masyarakat dan k-ekonomi
  • Kepentingan k-masyarakat dan k-ekonomi
  • langkah mewujudkan k-masyarakat
















































Wednesday, June 1, 2011

sajak

KEKALUTAN HIDUP

menjerit awal kelahiran
mendengar keagongan ILAHI
suci murni cerah terserlah

meniarap
mengagah penuh ghairah
dibelai penuh manja

merangkak jejak pahlawan
hulu hilir dalam kawalan
mencari mengutip penuh tawa

bertateh bertateh keriangan
tawa diukir penuh ikhlas

berjalan
gagah melangkah
halangan dilangkah
sergahan disanggah

berlari berlaru berlari
darat laut udara diredah
ego menjajah
hidup terjarah
sejarah terukir
malam kelabu
menjelma sedia mengadah

kerana aku manusia
punya raja, kuasa ...
tapi takdir  tetap bukan milikku

Ad6 2011 (jun)

Tuesday, March 22, 2011

aku pengutip sampah

semale kawe gi jale
jale jale cari make
sambil jale kelih kiri kanan
cari bare ada rega
mugo kawe ore sesak
cari bare jual bare
jupa tin kutip tin
jupa kotak ambik kotak
jupa kertas kutip lagi
jupa botol ambik botol
besi kawe heret jugak
kutip bare banyak banyak
wat kelik tak grumah dulu

semale kawe gi jale
gi cari tempat selalu
cari bare banyak ore
kutip kutip hak ada rega
tin, kertas, botol, besi ambik selalu
wat kelik dalam seminggu

semale kawe gi jale
bawak bare hak seminggu
gi jual kat simpang tiga
boleh pitis samas serial
boleh beli hak perlu
wat tanggung anak bini

dulu ngaji malas skali
demo gi skolah kawe lari
demo masuk kelas kawe lompat pagar
demo ngaji kawe mandi sungai
demo kelik kawe kelik
demo kilik beg kawe kilik beg
demo wat kelik ilmu
kawe tak leh ga satu

ore ngaji kawe busuk kohong
cukup bule ore ambik pitis
kawe tak tahu lagi
kalu sakit pitis habis
cukup bule pun lagu ni
gi cari buleh pitis

ingat awe ingat mek
cari ilmu biar sengoti
hari gi tak kelik mari
sedap tak lama
nyesal tak sudah
silap sediri tanggung sediri
mace kawe loni
jadilah kawe
jong kutip sampah
demo tohok kawe ambik
kerana pitis tu wei...


Ad6   feb2011
(catatan di tempat pembuangan sampah)

Thursday, February 17, 2011

Soalan Sejarah

BAB 5


1. Pilihan raya negeri diadakan pada 1954. Parti Perikatan memenangi 226 kerusi daripada 268   
    kerusi yang dipertandingkan
    a.Namakan 2 parti politik yang membentuk Parti Perikatan dalam pilihanraya  negeri 1954
      -UMNO
      -MCA
    b.Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Pilihanraya dalam Majlis perundangan 
       Persekutuan (MPP) tahun 1954
       -Pemimpin politik dari Parti Negara, UMNO< MCA dan MIC
       -pegawai-pegawai tinggi British
    c.Nyatakan 2 cadangan Jawatankuasa Pilihanraya dalam Majlis Perundangan Persekutuan
      -52 kerusi dipilih melalui pilihanraya
      -48 dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
    d.Nyatakan 2 perkara yang terkandung dalam manifesto Parti Perikatan dalam pilihanraya 
       Majlis Perundangan Persekutuan 27 Julai 1955
       -mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun
       -mewajibkan pendidikan
    e.Pada pandangan anda, mengapakah semua warganegara yang layak perlu mengundi dalam 
       pilihanraya
       -menjalankan proses demokrasi
       -memilih pemimpin yang berwibawa


2. a.Namakan 2 anggota rombongan rundingan kemerdekaan
       -Tunku Abdul Rahman
       -Dato Abdul Razak Hussein
    b.Apakah hasil rundingan yang berlangsung di London?
       -sebuah suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan dibentuk
       -british setuju memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
    c.Nyatakan 2 orang anggota Suruhanjaya Reid
       -Lord Reid
       -Sir Ivor Jenning
    d.Dalam usaha merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah melayuyang merdeka, Suruhanjaya 
       Reid mengambil kira beberapa perkara seperti
       -pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
       -kedudukan raja-raja Melayu
    e.Sebagai seorang pelajar,apakah sumbangan yang boleh anda berikan bagi menghargai 
       perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan
       -menguasai ilmu pengetahuan
       -mempelajari sejarah negara




3. a.Nyatakan peranan suruhanjaya Reid        6m
       -merangka sebuah perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
       -pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
       -pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang-bidang tertentu
       -mengambil kira kedudukkan raja-raja melayu
       -hak istimewa orang melayu
       -mewujudkan satu bangsa persekutuan Tanah Melayu 
    b.Huraikan isi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu        8m
       -pembentukkan sebuah kerajaan yang kuat
       -pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri
       -wujud senarai persekutuan dan senarai negeri
       -mewujudkan raja berpelembagaan
       -terdapat 3 jenis kerakyatan
       -kuat kuasa undang-undang, permohonan, naturalisasi
       -prinsip jus soli diterima
       -keistimewaan orang Melayu dikekalkan
       -agama Islam agama rasmi persekutuan
       -Tanah Simapanan Melayu dikekalkan
       -Yang Dipertuan agong menjadi ketua negara
    c.nyatakan peranan Tun Abdul Razak dan Tun VT Sambanthan dalam proses kemerdekaan  
       negara        6m
       -perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London 1956
       -perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
       -pengerusi jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956
       -Perdana Menteri yang kedua
       -presiden MIC
       -menyeru kaum India memberikan kesetiaan kepada negara
4.a.Huraikan mengenai Parti Kemerdekaan Malaya/Independence Malay Party(IMP)      8m
      -ditubuhkan oleh Dato' Onn Jaafar
      -menggunakan konsep kerjasama semua kaum dalam sebuah parti
      -terbuka kepada semua kaum untuk mencapai kemerdekaan
      -Kerakyatan Negeri 1951 tidak lagi menjadikan orang melayu sebagai rakyat tunggal Tanah 
       melayu
      -orang bukan melayu juga menjadi rakyat Tanah Melayu
      -IMP gagal mendapat sambutan daripada kaum Cina, India dan kaum lain di Tanah Melayu
      -mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanag Melayu
      -semangat perpaduan terlalu asing bagi mereka
   b.Nyatakan perkara yang dipersetujui hasil daripada perundingan UMNO - CLC           8m
      -penubuhan Lembaga Industri Desa (RIDA)
      -bertujuan untuk memajukan ekonomi
      -dan pendidikan masyarakat luar bandat
      -terutama kaum Melayu
      -Kerakyatan Negeri 1951 diberi kepada imigran yang lahir di Tanah Melayu
      -syaratnya ibubapa telah menjadi rakyat Tanah Melayu
      -pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai
      -pilihan raya peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan
   c.Huraikan manifesto Party Perikatan dalam pilihanraya 1955          4m
     -mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun
     -mewajibkan perdidikan
     -menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
     -menjaga hak asasi manusia
     -melindungi hak raja-raja Melayu sebagai raja berpelembagaan

Wednesday, February 16, 2011

sajak

  Mesir bumi berdaulat


Mesir bumi berdaulat
asal lahir para anbia
tumpuan sejagat menimba berkat
buat sebaran manusia sejagat
ilmu disebar merata tempat
membasahi alam serata penjuru
kerana 
Mesir bumi berkat
nafsu nesta tiada terarah
warna membara merah menyala
membakar ruang tiada sudah
kerana, nafsu pertualang indah
segala serakah bertahan seketika
kerana
rahmat  ALLAH sentiasa mencurah
Mesir tetap bumi berdaulat
Nur keEsaan kembali terserlah
kerana
Mesir bumi berdaulat



Friday, February 11, 2011

Soalan Sejarah

                                                                  BAB 3

1. Real politik diasaskan oleh Nicolo Machiavelli melalui karya "The Prince"
    a.Apakah yang dimaksudkan dengan amalan Real Politik
      -amalan yang membenarkan apa seperti tipu helah,kekerasan bersenjata dan epperangan untuk  
       mencapai matlamat politiknya
    b.Nyatakan 2 orang tokoh yang menggunakan amalan Real Politik dalam proses pembentukan 
       -Count Camilo Benso di Cavour
       -Otto Eduard Von Bismarck
    c.Berikan 3 taktik yang digunakan oleh tokoh tersebut dalam usaha mencapai matlamatnya
       -tipu helah
       -pemalsuan dokumen
       -provokasi
       -ugutan
    d.Bagaimanakah cara Nabi Muhammad SAW membentuk negara Islam Madinah
       -penyatuan melalui prinsip Islam
       -diplomasi, musyawarah ,permuafakatan
    e.Sebagai seorang pemimpin,mengapakah anda tidak bersetuju dengan penggunaan amalan Real 
       Politik?
       -Amalan real politik bertentangan dengan prinsip Islam
       -mengelakkan daripada tercetusnya peperangan
       -sistem ini tidak demokrasi


2. Salah satu  asas pembentukan negara dan bangsa ialah keunggulan undang-undang dalam 
    pemerintahan
    a.Nyatakan 3 kepentingan penguatkuasaan undang-undang dalam masyarakat.
       -mengawal masyarakat
       -memelihara keamanan
       -melindungi rakyat
       -mendisiplinkan rakayat
    b.Nyatakan 2 sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan 
       dengan agama Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
       -Hukum Kanun Melaka
       -Undang-undang Laut Melaka
   c.Nyatakan 3 perkara yang disentuh oleh Hukum Kanun Melaka
      -bidang kuasa raja dan pembesar
      -patang larang di kalangan anggota masyarakat
      -hukum kesalahan awam
      -undang-undang keluarga
   d.Pada pendapat anda,apakah kepentingan undang-undang kepada perkembangan ekonomi.
      -meningkatkan pertumbuhan ekonomi
      -dapat menggelakan amalan rasuah
      -menggelakkan pembaziran sumber


3.a.Jelaskan tentang warisan takhta yang diamalkan di negeri-negeri Melayu
      -sistem pewarisan takhta mementingkan jurai keturunan sebelah bapa
      -putera sulung sultan dengan permaisuri mewarisi takhta
      -jika tiada putera adik lelaki sultan boleh mewarisi
   b.Apakah kandungan
     i. Hukum Kanun Melaka
        -merupakan undang-undang bertulis dalam kerajaan Melayu Melaka
        -terdapat pengaruh Islam dan adat tempatan
        -mengandungi 44 fasal
        -menyentuh tentang kuasa raja dan pembesar
        -membincangkan tentang patang larang dalam masyarakat
        -menyatakan hukuman terhadap pesalah jenayah awam, keluarga dll
     ii. Undang-undang Laut Melaka
        -memperuntukkan tentang tatacara pelayaran di laut
        -menyentuh tanggungjawab pengawal laut
        -menyentuh aturcara pelayaran dan perniagaan
        -bidang kuasa nakhoda kapal
        -menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah
  c.Terangkan maksud Sistem Pembesar Empat Lipatan
     -sultan merupakan pemerintah tertinggi
     -dibantu oleh pembesar berempat
     -iaitu bendahara, penghulu bendahari, laksmana dan temenggung
     -merupakan tonggak pemerintahan
     -bidang tugas mengikut portfolio masing-masing
     -contoh laksmana menjaga keselamatan di laut
                  -temenggung menjaga keselamatan di darat
     -sistem Pembesar Empat Lipatan menjamin kesentosaan pemerintahan Melaka

4.a.Nyatakan peranan Undang dalam pemerintahan Negeri Sembilan 
      -Undang dipilih oleh Lembaga
      -Undang memilih Yang Dipertuan Besar
      -merupakan ketua Luak
      -perunding setiap keputusan Yang Dipertuan besar
   b.Terangkan perlaksanaan sistem pentadbiran di Negeri sembilan yang dikatakan mempunyai 
      unsur demokrasi
      -Negeri Sembilan mengamalkan Adat Perpatih
      -iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat
      -pelantikkan pemimpin dibuat daripada peringkat bawah
      -keputusan YDP Besar berdasarkan perundingan dengan Undang
      -YDP Besar dilantik oleh Undang
      -setiap luak diperintah oleh Undang
      -mereka dipilih oleh Lembaga
      -Lembaga dilantik oleh Buapak
      -Buapak bertanggungjawab terhadap suku kaum masing-masing
      -Buapak merupakan ketua perut
      -Ketua Perut menjadi tempat rujukan berkaitan adat
      -setiap anggota Ketua Perut dikenali sebagai anak buah
    c.Jelaskan peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih
      -kepentingan besama
      -mewujudkan semangat bergotong-royong
      -permuafakatan antara satu sama lain
      -mewujudkan semangat saling hormat menghormati
      -mementingkan semangat kerjasama dalam memilih pemimpin   
      -melahirkan semangat demokrasi


5. Sistem politik masyarakat Melayu tradisional berbeza daripada sistem politik negara moden hari 
    ini.
    a.Terangkan konsep pembinaan kerajaan Melayu tradisional                             8m
        -wujud kerajaan disebabkan adanya raja
        -kedudukan raja adalah tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan
        -raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik
        -raja menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kuasanya
        -rakyat akan menerima dan mengakui kekuasaan raja
        -sempadan kerajaan ditentukan oleh kesetiaan rakyat terhadap raja
        -kerajaan yang kuat akan menakluki/menaungi kerajaan yang lemah
        -contoh Kesultanan Melayu Melaka
        -mempunyai banyak negeri taklukkan dan naungan 
    b.Jelaskan konsep yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu    5m
       -apabila British campur tangan di Tanah Melayu setiap kerajaan Melayu disebut negeri
       -British cuba membina sebuah negara dan bangsa sepeti Malayan Union tapi ditentang oleh 
        orang Melayu
       -penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)1948 menggabungkan semua negeri Melayu dalam 
        pentadbiran pusat
       -British memberikan kemerdekaan kepada PTM pada 1957
    c.Terangkan konsep negara bangsa dalam konteks negara Malaysia.             7m
      -konsep bangsa merujuk sekumpulan manusia dalam satu ikataan kenegaraan sesebuah negara
      -lahirnya negara dan bangsa Malaysia setelah PTM mencapai kemerdekaan 1957
      -konsep bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
       -mereka berlainan bangsa,budaya,kepercayaan danpendapat
      -bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasa
      -serta pengamalan kebudayaan kebangsaan
      -dan rukun negara dalam setiap aspek kehidupan


BAB 4


1. Malayan Union ditubuhkan pada 1 April 1946 namum akibat daripada tentangan orang Melayu 
    Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1 Febuari 1948
   a.Apakah tindakan wakil british Sir Harold Mac Michael yang menimbulkan kemarahan orang 
      Melayu terhadap rancangan Malayan Union(MU)
      -mengugut untuk menurunkan sultan dari takhta
      -tidak memberikan masa yang secukupnya kepada sultan
     -sultan dipaksa menanda tangani Perlembagaan MU
   b.Berikan 2 sebab mengapa orang Melayu menentang MU
     -pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang
     -penghakisan kuasa raja-raja Melayu
     -raja hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiiadat sahaja
   c.Nyatakan 2 perkara yang terkandung dalam perjanjian MU
     -semua negeri-negeri Melayu disatukan
     -Singapura diasingkan menjadi pelabuhan bebas
     -Gabenor British menjadi ketua Malayan Union
   d.Apakah cara yang digunakan oleh orang Melayu dalam usaha menentang MU
     -bantahan melalui akhbar
     -demonstrasi seara aman
     -menghantar surat bantahan ke England
   e.Apakh iktibar yang boleh diteladani dalam perjuangan orang Melayu menentang MU 
      -tegas dalam perjuangan 
      -bersatu padu menghadapi musuh
      -sanggup berkorban mempertahankan negara


2. Pelbagai reaksi penduduk Tanah melayu muncul apabila Malayan Union diperkenalkan. Ramai    
    yang tidak berpuashati menentang Malayan Union
    a.Nyatakan sebab-sebab MU diperkenalkan
       -menjimatkan kos pentadbiran
       -mengawal kuasa politik orang melayu
       -melicinkan pentadbiran
    b.Namakan Gabenor MU yang pertama
       -Sir Edward Gent
    c.Namakan 2 golongan yang menyokong MU
       -golongan Melayu radikal
       -orang dagang
       -Parti Kebangsaan Melayu Malaya
    d.Nyatakan 3 sebab mengapa golongan tersebut menyokong MU
       -dasar sama rata bagi semua penduduk
       -kerakyatan asal orang dagang dikekalkan
       -British berjanji memberikan kemerdekaan
    e.Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah anda perlu menentang MU
       -untuk mengekalkan kedaulatan 
       -menggelakkan negara dikuasai oleh bangsa asing
       -memberi hak pentadbiran kepada penduduk tempatan 

Thursday, February 10, 2011

Soalan sejarah

BAB 9 

1. Semasa Tamadun Islam berkembang di Tanah Arab,Eropah mengalami zaman kemerosotan yang  
    dikenali zaman gelap.
   a.Berikan maksud Zaman Gelap
      -Zaman mundur di Eropah selepas kejatuhan TamadunRom
      -dimana Eropah mengalami kemerosotan dalam pelbagai bidang seperti ilmu    
       pengetahuan,pembandaran dab perdagangan
   b.Nyatakan ciri-ciri Zaman Gelap
      -kelemahan kerajaan pusat
      -sifat gereja yang mengongkong
      -ekonomi dan kehidupan masyarakat merosot
      -penggunaan matawang yang terhad
   c.Namakan dua kaum gasar yang mengganggu aktiviti perdagangan di Pantai Barat dan Utara 
     Eropah
     -Orang Viking
     -Orang Magyar
   d.Gereja katholik dikatakan bersifat mengongkong kerana
      -gereja memiliki tanah yang banyak
      -tumpuan hanya kepada kegiatan keagamaan sahaja
   e.Bagaimanakah generasi hari ini boleh memastikan Zaman Gelap tidak berulang
      -menguasai ilmu pengetahuan
      -sentiasa berusaha memajukan diri
      -memastikan negara sentiasa berada dalam keamanan

2. Reformation merupakan satu gerakan penting yang berlaku di Eropah pada abad ke-16
    a.Berikan maksud Reformation
       -melaksanakan perubahan atau pembaharuan
       -untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik
    b.Nyatakan 3 idea penting yang diperjuangkan oleh Martin Luther
       -menentang amalan penjualan sijil Indulgences oleh institusi gereja
       -menentang amalan rasuah
       -menentang penyelewengan yang berlaku dalam gereja Katholik
       -menentang gaya hidup penguasa gereja yang mewah
    c.Berikan 3 kesan gerakan Reformation
       -agama Kristian berpecah kepada  2 mazhab utama iaitu Katolik dan Protestan
       -negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing
       -kuasa gereja terhadap kerajaan semakin berkurangan
       -monarki baru membebaskan diri dari penguasaan Paus di Rom
    d.Senaraikan tokoh gerakan Reformation yang mencabar kedudukan gereja dan institusi paderi
      -Marti Luther
      -John Calvin
      -Huldreich zwingli
    e.Pada pendapat kamu mengapa generasi hari perlu menguasai ilmu pengetahuan
       -mengelakan negara dari terjajah
       -meningkatkan perkembangan ekonomi
       -menjadikan negara yang maju

3. a.Jelaskan persamaan ciri-ciri masyarakat feudal di Eropah dengan masyarakat Melayu 
       tradisional                       10m
       -terdapat golongan pemerintah
       -raja dan pembesar di Tanah Melayu
       -raja dan golongan baron di Eropah
       -golongan diperintah merupakan golongan majoriti iaitu rakyat dan petani
       -raja mengurniakan kawasan kepada pembesar dan tuan tanah
       -tuan tanah dan pembesar perlu bayar cukai kepada raja
       -pembesar dan tuan anah perlu menyediakan tentera kepada raja bila berlaku peperangan
       -petani perlu cukai kepada kepada tuan tanah dan pembesar
       -sistem kerah diamalkan iaitu tuan tanah dan pembesar boleh mendapatkan khidmat tenaga  
        daripada rakyat
       -amalan perhambaan di Eropah petani yang gagal membayar cukai menjadi hamba kepada tuan 
        tanah
       di Tanah Melayu masyarakat Melayu tradisional terdapat amalan perhambaan 
    b.Huraikan ciri-ciri Zaman Gelap yang berlaku di Eropah          10m
      -Eropah mengalami kemerosotan dalam ilmu pengetahuan
      -kemerosotan dalam bidang perdagangan
      -kemerosotan dalam kehidupan perbandaran
      -kelemahan kuasa kerajaan pusat 
      -golongan baron semakin berkuasa
      -gereja katholik hanya memberi tumpuan kepada keagamaan dan akirat sahaja
      -gereja juga memiliki hartanah yang banyak
      -kekacauan dan peperangan sering berlaku di Eropah
      -kegaitan ekonomi terhad
      -ekonomi perdagangan tidak dapat dijalankan kerana gangguan orang gasar
      -kekayaan berasaskan pemilikan hartanah yang membawa kepada kemunculan golongan baron 
      -rakyat terikat dengan tuan tanah sebagi pekerja atau hamba


BAB 10


1. Perkembangan ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah dan perusahan     
    getah memerlukan kepada buruh yang ramai
   a.Berikan 2 cara kemasukan buruh dari China ke Tanah Melayu
      -sistem tiket kredit
      -sistem pengambilan kakitangan
      -sistem pengambilan rumah kongsi
   b.Berikan 2 cara kemasukan buruh dari India ke Tanah Melayu
      -sistem buruh kontrak
      -sistem buruh bebas
      -sistem kangani
   c. Apakh maksud;
      i. Sin Kheh
         -bakal imigran
      ii. Kheh Tau
          -ketua bakal imigran
   d.Berikan 2 kesan kemasukan imigran China dan India ke Tanah Melayu
      -pembentukan masyarakat majmuk
      -perbezaan pekerjaan mengikut kaum
      -perbezaan bahasa dan budaya
   e.Pada pandangan anda apakah yang perlu dilakukan bagi mengeratkan integrasi kaum yang  
      terdapat di negara kita
      -mewujudkan sekolah integrasi untuk pelbagai kaum
      -mengadakan amalan rumah terbuka
      -mengadakan amalan gotong royang bersama

2.a Nyatakan kesan pengenalan dasar British dalam bidang pertanian kepada masyarakat Melayu
      -pengenalan tanaman baru seperti kopi, tembakau dan getah
      -tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam dikekersialkan
      -kemasukkan buruh dari China dan India
   b.Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British kepada masyarakat melayu
      -permohonan tanah perlu dibuat melalui pejabat tanah
      -perlu dapatkan surat kebenaran daripada pejabat tanah untuk mengutip sumber hutan 
      -residen berkuasa menentukan jumlah kawasan kosensi tanah kepada pemodal
      -semua urusan jual beli,culai,sewa tanahdibayar dengan wang 
   c.Mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu dilaksanakan oleh British
      -mengelakkan tanah milik orang melayu berpindah kepada orang asing
      -Tanah Simpanan Melayu tidak dibenarkan ditanam dengan tanaman komersial
      -melindungi kepentingan ekonomi British
   d.Apakah tujuan British mengadakanEnakmen Tanah Padi 1917?
      -melarang penanaman getah di kawasan tanaman padi
      -mengurangkan penyertaan pekebunkecil getah Melayu dalam perusahaan getah
      -premium permohonan tanah baru untuk penanaman getah dinaikkan

3.a. Huraikan sejarah perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu 
       pada awal abad ke-20                               10m
       -berlaku akibat perkembangan kegiatan perlombongan dan pertanian
       -jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan dari kawasan perlombongan  ke  
        pelabuhan
       -jalan kereta api pertama menghubungkan Taiping deangan Port Weld
       -menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port Swettenham
       -menghubungkan kawasan perlombongan di Seremban dengan Port Dickson
       -menghubungkan Tapah Road dengan Telok Anson
       -pada 1904 semua kawasan perlombongan bijih timah mempunyai perkhidmatan kereta api
       -jalan kereta api menghubungkan seberang Prai dengan sempadan Siam pada 1918
       -jalan raya dibina untuk mengangkut getah dan bijih timah ke pengkalan sungai
       -1895 Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400km
       -jalan raya antara Kuala Lumpur dan Kuantan memudahkan perhubungan antara pantai Barat 
        dengan pantai Timur
       -sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,pos dan perkhidmatan udara diwujudkan akibat 
        perkembangan ekonomi
   b. Terangkan sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad   
       ke-20                                            10m
       -perkembangan perlombongan bijih timah
       -mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk di eksport
       -jalan kereta api menghubungkan semua kawasan perlombongan di Perak, Selangor dan Negeri 
        sembilan
       -menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah Melayu
       -pembukaan tanah baru untuk peladangan getah
       -menarik pelabur-pelabur Eropah melabur dalam perladangan getah
       -kereta api dapat membawa muatan yang banyak
       -menghubungi negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan kapal berkuasa wap
       -pelabihan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan bijih timah ke Eropah